Wednesday, September 19, 2012

OUM Perak Menyambut Hari Merdeka di Puncak Bukit Kledang pada 15 Sept 2012


 Lebih dari 70 orang pelajar, tutor dan staf OUM Perak telah menunjukkan patriotisma mereka dengan menyambut Hari Merdeka di puncak Bukit Kledang yang terletak kira-kira 600m (atau 2,000 kaki) tinggi di atas paras laut.



Mereka berkumpul sejak jam 6.30pg lagi dengan memakai baju kemeja T OUM berwarna hijau. Pendakian bermula tepat jam 6.45 pagi lagi dengan dipimpin oleh Pengarah OUM Perak, Dr. Richard Ng. Para peserta membawa jalur gemilang dengan penuh semangat mendaki bukit ini. Kira-kira sejam kemudian, semua peserta pun tiba di puncak bukit.



Staf OUM Perak memasang banner dan sistem PA sebelum sesi nyanyi lagu patriotk bermula. Apabila semua peserta telah tiba, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu NegaraKu. Ini disusuli oleh Ucapan Merdeka oleh Pengarah OUM Perak.



Dalam ucapannya, Dr. Richard Ng memberitahu para peserta tentang objektif majlis sambutan merdeka di adakan di puncak bukit adalah untuk mengingati pengorbanan yang telah dibuat oleh para pemimpin kemerdekaan seperti Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Tan Cheng Loke serta Tun Sambanthan. Beliau menyeru para peserta supaya mencari erti kemerdekaan yang boleh didapati dengan mudahnya dalam Internet.


Klip video Ucapan Kemerdekaan Pengarah OUM Perak:



Dr. Richard juga mengucapkan syabas pada semua peserta kerana telah berkorban masa untuk turut serta dengan OUM Perak dalam menjayakan aktiviti bersejarah. Beliau amat bangga dengan penyertaan kali ini yang menampakkan lebih dari 70 orang hadir berbanding tahun-tahun sebelum ini. Tahun 2012 merupakan kali keempat perayaan seperti ini diadakan di puncak Bukit Kledang di tapak yang sama sejak tahun 2007.

Klip video nyanyian Lagu Jalur Gemilang:



Klip video nyanyian lagu KeranaMu:




 Beliau menyeru semua peserta supaya memupuk semangat cintakan negara dengan berpegang kepada Rukun Negara serta konsep 1Malaysia agar kita teruskan hidup harmoni antara kaum bagi memastikan negara kita terus pesat membangun.



Sebelum majlis bersurai, para peserta sama-sama melaungkan Merdeka 3 kali dan menyanyikan lagu patrotik dengan sekuat-kuat hati mereka. Perayaan merdeka tamat kira-kira jam 9pg dan semua peserta pun mula beredar ke destinasi masing-masing.

Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri OUM Perak Disambut Meriah


 Pada 8 September 2012, OUM Perak telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri bermula jam 11pg hingga 1ptg. Majlis kali ini amat meriah kerana dihadiri lebih dari 150 orang yang terdiri daripada pelajar OUM Perak, para Tutor dan staf OUM Perak serta ahli keluarga mereka.








Majlis raya tahun ini telah meraikan seramai 20 orang anak yatim dari Persatuan Rumah Anak Yatim Mutiara Kasih, Pusing, Batu Gajah, Perak.


Dalam ucapan aluannya, Pengarah OUM Perak, Dr. Richard Ng mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin pada semua yang hadir. Beliau juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Puan Aishah Bee Harun, iaitu pelajar OUM Perak yang telah membantu OUM Perak menguruskan jemputan anak-anak yatim ini. Dr. Richard Ng juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pengurus Persatuan Rumah Anak Yatim Mutiara Kasih iaitu Puan Rohana kerana telah turut sama meraikan Majlis kita ini.


Selepas ucapan beliau, Dr. Richard Ng secara spontan menghiburkan peserta dengan sebuah lagu raya berjodol "Satu Hari di Hari Raya" bagi mengingati anak-anak kecil yang tidak berdosa ini. Beliau juga berjanji akan membantu Persatuan ini dalam apa-apahal yang dapat dibantu.



Anak-anak yatim ini kemudiannya telah diberi duit raya sebelum mereka dijamah dengan berbagai juadah raya seperti lemang, nasi himpit, roti jala, satay serta berbagai kueh-mueh.


Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari OUM Perak

Bagi pihak seluruh warga OUM Perak, saya ucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin" pad semua pelajar, tutor dan staf OUM tak kira di mana anda berada.



Semoga anda sekalian diberkati dengan keceriaan dan kesihatan yang baik sepanjang perayaan. Yang berjalan jauh tu, pandu cermat dan berhati-hati di jalanraya.

Sempena perayaan ini, OUM Perak akan tutup dari 18 Ogos hingga 21 Ogos. Pejabat kami di PP Perak akan mula beroperasi mulai 22 Ogos 2012.

Sebagai peringatan kepada pelajar OUM Perak, proses pengambilan modul akan bermula pada 1 dan 2 Sept bagi pelajar yang berdaftar untuk "First Module Collection". Sila pastikan anda membawa slip pengambilan modul ketika hadir bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Bagi memudahkan pelajar, kaunter Bank Islam akan dibuka di PP Perak Jln Lim Bo Seng pada hari tersebut.

Bagi mempercepatkan proses pengambilan modul, pelajar digalakkan untuk membuat bayaran awal di Bank Islam atau BSN dan bawa resit pembayaran semasa pengambilan modul. Pelajar juga boleh membayar dengan menggunakan kad kredit atau kad debit pada hari tersebut.

Pelajar yang tidak dapat hadir pada hari tersebut bolehlah mengambil modul selepas tarikh tersebut.

Friday, July 27, 2012

Peperiksaan Akhir OUM Semester Mei 2012

Lebih dari 20,000 orang calon bakal menduduki peperiksaan akhir semester Mei 2012 di Open University Malaysia yang akan bermula di seluruh negara esok 28 Julai 2012. Peperiksaan akhir ini akan tamat pada 12 Ogos 2012.

Peperiksaan di Perak akan dijalankan di 3 lokasi iaitu di PP Perak (Jln Lim Bo Seng), PP Greenhill (Persiaran Greenhill) dan Kolej Polytech Mara. 

Peta lokasi bagi ketiga-tiga lokasi ini adalah seperti berikut: (Sila Klik Pada Gambar Untuk Melihat Imej Yang Besar)

PP Perak Jln Lim Bo Seng:



PP Greenhill:


Kolej Polytech Mara (KPTM):



Calon-calon peperiksaan dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan peperiksaan OUM dan menyemak perkara-perkara berikut:

1. Pastikan tarikh dan masa peperiksaan subjek anda seperti yang tercatat dalam slip menduduki peperiksaan

2. Pastikan pusat peperiksaan yang betul (baca pengumuman terkini dalam MyVLE sehari sebelum peperiksaan dijalankan)

3. Print slip menduduki peperiksaan dan bawa semasa peperiksaan. Calon yang tidak membawa slip menduduki peperiksaan tidak akan dibenarkan untuk menduduki peperiksaan.

4. Hadir ke pusat peperiksaan 30 minit sebelum peperiksaan bermula untuk menyemak tempat duduk masing-masing

5. Beg tangan, kotak pencil, handphone, nota, modul dan sebagainya tidak dibenarkan dibawa ke dalam dewan peperiksaan.

Pihak pengurusan OUM Perak mengucapkan "Selamat Menduduki Peperiksaan" pada semua calon peperiksaan dan semoga berjaya menjawab soalan masing-masing.

Calon-calon peperiksaan adalah dinasihatkan untuk menyemak jadual waktu rasmi di MyVLE serta pusat lokasi peperiksaan sehari sebelum peperiksaan dijalankan.

Sebarang kemusykilan sila hubungi Tel: 05-2546006 atau 05-2490920

Berikut adalah jadual peperiksaan:

28 Julai 2012 (Hari Sabtu):



29 Julai 2012 (Hari Ahad):



30 Julai 2012 (Hari Isnin):




31 Julai 2012 (Hari Selasa):




1 Ogos 2012 (Hari Rabu):




2 Ogos 2012 (Hari Khamis):




3 Ogos 2012 (Hari Jumaat):




4 Ogos 2012 (Hari Sabtu):








5 Ogos 2012 (Hari Ahad):






6 Ogos 2012 (Hari Isnin):


==> Cuti Nuzul Quran


7 Ogos 2012 (Hari Selasa):




8 Ogos 2012 (Hari Rabu):




9 Ogos 2012 (Hari Khamis):




10 Ogos 2012 (Hari Jumaat):






11 Ogos 2012 (Hari Sabtu):






12 Ogos 2012 (Hari Ahad):



Tuesday, July 17, 2012

Sesi Minum Teh Bersama Pengarah OUM Perak



Pada tanggal 14 Julai 2012, satu sesi minum teh antara Pengarah OUM Perak, Dr. Richard Ng dan semua pelajar OUM Perak ambilan Mei 2012 di PP Perak, Jln Lim Bo Seng, Ipoh, Perak.



Sesi pertemuan ini yang julung kali diadakan bertujuan untuk memahami masalah dan isu berbangkit daripada pelajar semester pertama. Sesi ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk berdialog dengan Pengarah.



Seramai 66 orang pelajar yang dibahagi kepada 4 kumpulan, telah hadir bertemu dengan pengarah.Berbagai isu telah berjaya dikopak. Di antaranya ialah isu macam mana dan buat tugasan, isu Bahasa Inggeris, Isu pengurusan masa dan stres.



Dr. Richard Ng menasihkan pelajar agar memokus pada dua perkara penting iaitu penyiapan tugasan serta peperiksaan akhir yang akan bermula pada 28 Julai. Beliau berharap pertemuan seperti ini bukan pertemuan terakhir dan berharap pelajar sentiasa mendampingi staf serta tutor supaya impian mereka untuk mendapat segulung ijazah dapat direalisasikan.

Pengarah juga memberitahu pelajar bahawa pintu pejabatnya sentiasa terbuka kepada semua pelajar kiranya memerlukan sebarang bantuan dan khidmat nasihat.