Saturday, May 31, 2008

Magic Sing - For Entrepreneurship Students

Another Technopreneurship Project

Forgot to book a room for Karaoke this Saturday? With the Magic Sing karaoke mic, you can now croon from your living room.

I hope you will be able to get some ideas from this new creation. Good luck.

Friday, May 30, 2008

SUKMA 2008 - Karmen out to make a splash

May 30, 2008

Cheng Karmen (left) won three gold medals but lost to Hii Siew Siew of Sarawak in the 100m butterfly at the South-East Asian age-group swimming championships in Singapore .

Cheng Karmen, Perak's new found swimming sensation, will be participating at the SUKMA 2008 to be held in Terengganu from June 2 - 8.

Karmen is the daughter of our Sports Science student Mr. Cheng Keng Hak. On behalf of OUM Perak, we wish Karmen a successful endeavor.

Wednesday, May 21, 2008

Sukan Riang Ria OUM Perak - Part 1

18 Mei, 2008 - Sukan Riang Ria Perak (Tambun Extreme Park, Ipoh)


PP Perak telah menganjurkan Sukan Riang Ria pada 18 Mei, 2008 bertempat di Tambun Extreme Park yang terletak berdekatan dengan Sunway Lost City di Ipoh, Perak. Sukan ini yang disertai oleh kira-kira 200 orang pelajar, tutor serta kakitangan OUM Perak beserta dengan keluarga. Acara sukan ini diserikan dengan kehadiran Naib Presiden Kanan OUM, Prof. Dr. Mansor Fadzil dan Pengarah CIDT OUM, Datin Halimatolhanin Binti Mohd Khalid.

Senamrobik bersama Prof. Mansor.

Sebahagian peserta senamrobik.

Amboi Puan Murni dan Cik Ilah sampai bertaici kat luar gelanggang.

Turut serta dalam sukan ini seramai 30 orang kakitangan dan pelajar dari OUM PP Pulau Pinang, Kedah dan Perlis yang diketuai oleh Mr. Goh Thian Hee, tutor kanan mewakili Puan Munaliz, Pengarah PP Pulau Pinang/Kedah/Perlis.

Amboi ... masih boleh bergelek lagi rupanya

Tujuan sukan ini diadakan adalah untuk menjalin hubungan silaturrahim di kalangan pelajar, tutor serta kakitangan OUM. Dua acara disediakan iaitu acara Badminton (Perseorangan Lelaki/Wanita, Bergu Lelaki/Wanita, dan Bergu Campuran) dan Futsal (Lelaki dan Wanita). Bagi anak-anak berumur di bawah 12 tahun juga diadakan pertandingan mewarna.

Datin Hanin (Kiri) bersama kakitangan dan pelajar PP Perak

Sukan Riang Ria ini dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan senamrobik yang dikendalikan oleh Ahli Pasukan Kesihatan Negeri Perak yang diketuai oleh Puan Mahani. Sesi Senamrobik ini berlangsung selama 45 minit.

Pengarah PP Perak, Richard Ng dalam ucapannya mengalu-alukan kedatangan Prof. Mansor dan Datin Hanin serta semua pelajar, tutor dan kakitangan dari PP Perak serta PP Pulau Pinang/Kedah dan Perlis. Beliau juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Mansor serta Datin Hanin kerana telah sudi hadir bersama bagi menjayakan sukan ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada jawatan kuasa penganjur yang diketuai oleh Puan Murni. Berbagai hadiah telah disediakan kepada pemenang termasuk medal dan wang tunai serta hamper.

Kontingen OUM PP Pulau Pinang/Kedah/Perlis

Prof. Mansor turut memberi ucapan perangsang kepada semua peserta dan menyeru semua bersukan dengan penuh semangat. Beliau amat bangga dengan penyertaan pelajar dan tutor dari berbagai kaum dalam menjalinkan hubungan mesra antara satu sama lain.

Sdra Daud (Baju Biru), Wakil Alumni OUM Perak dan Puan Joginder (Baju Kuning), tutor PP Perak sedang mengendalikan pertandingan mewarna.

Sukan Riang Ria ini yang bermula pada jam 8.00pagi dan tamat pada jam 3.30 petang telah berjaya mencapai objektifnya dan rata-rata pelajar dan kakitangan menyatakan rasa puas hati mereka dan ada yang mencadangkan supaya diadakan setiap awal setiap semester.

Sukan Riang Ria OUM Perak - Part 2 - Pertandingan Futsal dan Badminton

Pertandingan akhir utsal wanita di antara pasukan PP Perak (Merah) menentang Pasukan PP Kedah/Pulau Pinang/Perlis (Putih/Biru)

Pertandingan futsal wanita antara pasukan PP Perak yang diketuai oleh Datin Hanin dan Pasukan PP Kedah cukup panas sehingga mendapat perhatian ramai termasuk Prof. Mansor.

Wajah Juara Futsal Lelaki

Naib Juara Futsal Lelaki

Pertandingan akhir badminton Bergu Lelaki antara PP Perak (Menghadap kamera) dan PP Kedah. Pasukan PP Kedah muncul sebagai juara.

Wajah juara pertandingan badminton perseorangan wanita - Puan Zaiton dadri PP Kedah.

Pertandingan badminton perseorangan lelaki. Nawawi dari PP Kedah (kiri) muncul sebagai juara.

Sukan Riang Ria OUM Perak - Part 3 - Kontingen dari Utara

Sukan Riang Ria anjuran OUM Perak pada 18 Mei, 2008 turut dihadiri oleh kakitangan, tutor serta pelajar dari PP Pulau Pinang, PP Kedah dan PP Perlis berjumlah seramai 30 orang. Pasukan dari Utara ini mengambil bahagian dalam semua acara Badminton dan Futsal termasuk futsal lelaki dan wanita.

Pemain-pemain dari utara ini handal-handal belaka. Mereka menggondol hampir semua pertandingan badminon iaitu menjadi juara dalam Perseorangan Lelaki, Bergu Lelaki, Bergu Wanita serta Bergu Campuran. Syabas kepada semua peserta OUM dari Utara.

Kontingen dari Utara bergambar bersama Pengarah serta kakitangan PP Perak. Kelihatan pelajar dari Kedah Sdra Anuar (berbalut tangan) mendapat kecenderaan selepas terjatuh semasa pertandingan futsal.

Sebahagian dari ahli pasukan kontingen dari utara.

Mr. Goh, tutor kanan dari PP Pulau Pinang (dua dari kanan) telah diberi tugas sebagai umpire pertandingan badminton.

Pertanding akhir badminton bergu lelaki antara PP Perak (Menghadap Kamera) dan PP Kedah.

Workshop on "How to Become Excellent Tutors"

A workshop was held for all OUM's tutors from Perak Learning Centres on May 17, 2008. The workshop entitled "How to Become OUM Excellent Tutors" was facilitated by Richard Ng, Director of OUM Perak Regional Learning Centre.

50 tutors who are involved in tutoring the May Semester learners have been invited to attend. The objective of the workshop is identify the characteristics of an excellent tutors based on five areas; Online Participation, Face-to-Face session, Tutor Marked Assignment and Exam Preparation.

The Tutors are divided into four groups with each group identifying the reality and expectation of tutors for each area. Generally, all the tutors agreed that they have only achieved an average of 7 out of 10 between reality and expectation. Hence, everyone have been told to improve on their performance for the coming semester.

Prof. Dr. Mansor Fadzil, the Senior Vice President of OUM attended the session and provided valuable advice to all tutors present. He told the tutors to strive harder and treat every learners as if they were their children, brothers or sisters.

One of the team leaders presenting her group's findings.

Aktiviti Suai kenal T-Zero Semester Mei 2008

17 Mei 2008

OUM Perak sekali lagi telah menjalankan aktiviti suai kenal T-Zero untuk semua pelajar barunya pada 17 Mei 2008. Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan pelajar-pelajar, tutor serta kakitangan OUM Perak. Berbagai aktiviti telah dijalankan dengan disertai oleh pelajar secara berpasukan. Prof. Mansor (Naib Presideng Kanan OUM) dan Datin Hanin (Pengarah CIDT OUM) sempat menyertai pelajar dalam aktiviti ini.

Pelajar sedang berbincang mengenai strategi masing-masing

Prof. Mansor dan Datin Hanin telah diberi tugas tambahan sebagai hakim dalam salah satu aktiviti yang dijalankan.

Sebahagian dari aktiviti secara berkumpulan

Penyampaian hadiaj kepada pemenang telah disempurnakan oleh Prof. Mansor.

Prof. Mansor sedang berucap sesuatu pada pelajar-pelajar baru. Prof Mansor amat terharu setelah melihat bagaimana pelaja dari berbagai kaum dapat mengambil bahagian dalam suasana yang riang dan harmoni.

Kumpulan pelajar yang berjaya sedang bergambar dengan Prof. Mansor

Bengkel Kemahiran Belajar untuk pelajar OUM baru

17 Mei, 2008

Bengkel kemahiran belajar adalah satu program yang wajib untuk semua pelajar OUM baru sebelum mereka memulakan pembelajaran mereka. Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada suasana pembelajaran secara ODL (Open and Distance Learning). Program in telah diadakan pada 17 Mei 2008 dan dihadiri oleh 120 orang pelajar ambilan Mei 2008. Dalam bengkel ini pelajar diajar kaedah pembelajaran ODL, pengurusan masa, pencarian maklumat dalam Internet dan perpustakaan digital serta penggunaan LMS (Learning Management System).

Pelajar sedang mendengar taklimat dari Pengarah PP Perak, Richard Ng

Pihak OUM Perak amat bertuah kerana dikunjungi oleh Naib Presiden Kanan OUM, Prof. Dr. Mansor Fadzil serta Pengarah CIDT (Centre for Instructional Design and Technology, Datin Halimatolhanin Binti Mohd Khalid). Prof. Mansor mengambil kesempatan untuk berucap dan memberi kata perangsang kepada pelajar supaya jangan mudah putus asa dan perjuangkan apa yang mereka kehendaki sehingga berjaya.


Pengarah PP Perak, Richard Ng, sedang menerangkan kaedah melayari LMS dan diperhatikan oleh Prof. Mansor dan Datin Hanin

Puan Saedah Binti Muda, Pensyarah Kanan ari Fakulti Sains dan Teknologi sedang memberi taklimat program Bachelor of Nursing mengenai kaedah pembelajaran program ini

Sebahagian dari pelajar baru sedang memberi tumpuan mereka kepada fasilitator bengkel.

Hari Pendaftaran dan Taklimat Pelajar Baru Semester Mei 2008

Mei 10, 2008

Taklimat untuk pelajar baru OUM Perak bagi ambilan semester Mei 2008 telah diadakan pada 10 Mei 2008. Taklimat telah dijayakan oleh Puan Zuraini, Penolong Pengarah PP Perak. Seramai 120 orang pelajar telah hadir pada hari tersebut.

Puan Zuraini sedang menyampaikan taklimat pada pelajar-pelajar baru

Sebahagian dari pelajar program nursing yang diketuai oleh$ Matron Zabidah (barisan depan dua dari kanan)sedang membaca ikrar.

Bacaan ikrar adalah salah satu keperluan sebelum memulakan pembelajaran di OUM

Pelajar ditunjukkan klip video suasana pembelajaran di OUM

Sebahagian dari pelajar baru sedang memberi tumpuan kepada taklimat yang diberikan

Aktiviti T-Zero untuk Pelajar Semester Sept 2007

Seperti biasa, semua pelajar OUM akan mengambil bahagian dalam aktiviti T-Zero yang bertujuan untuk menjalinkan hubungan mesra dikalangan mereka dan staf OUM Perak sebelum mereka Tutorial 1 bermula.

Berbagai aktiviti suai kenal disediakan ...

Pelajar-pelajar dibahagikan mengikut beberapa kumpulan dan mengambil bahagian dalam pertandingan antara kumpulan.

Juga tidak ketinggalan permainan tradisional iaitu congkak...

Hadiah berupa hamper disampaikan kepada kumpulan yang menang oleh Pengarah PP Perak, Richard Ng

Aidil Fitri celebration with Orphans from Rumah Anak Yatim Darul Aitam in Temoh, Perak


A group of staff and learners including alumni from PPW Perak traveled about 60km away to a small town North of Perak called Temoh to celebrate Aidil Fitri with 60 less fortunate children from the Maahad Islamiah Darul Aitam Wa Tahfiz Orphanage. This is the second consecutive year OUM has hosted such an occasion. The celebration held on 3rd November was also attended by YBhg Toh Muda Panglima Kinta Abdul Wahab Bin Dato’ Seri Azizul (now Orang Besar Jajahan Manjung) who is representing YB Dato’ Samsuddin Bin Abu Hassan, State Assemblyman for Air Kuning, also a learner at OUM Perak.

In his speech, Richard Ng, the director of PPW Perak advised these children to study hard as whatever happened to them, is not the deeds of their parents. He stressed that these children if given proper guidance can become our future leaders. The Aidil Fitri celebration with these orphans is our contributions to the society as part of our corporate social responsibility. He praised En. Shamsul, the care taker of Darul Aitam, for his dedication and unselfish effort in bringing up these children.

According to En. Shamsul, what he did was the wish his late father, who have left the estate in the form of a piece of land and a bungalow to help take care of orphans. He said that the society has been kind to them by donating cash and kinds. Together with his wife, they took care of the orphanage with 60 children currently. These children were given proper education and a place to stay. They were also taught the Islamic religion and moral upbringing.

The orphans are given "duit raya" which was donated by OUM Learners, Staff and Tutors.

The orphans were also treated to a lunch and entertained by a clown.

Taklimat Pendaftaran Untuk Pelajar Ambilan Khas SMP pada bulan Oktober 2007

Bacaan ikrar oleh salah seorang cikgu bersama dengan Puan Murni

Bahawasanya kami, berikrar akan .....

Sebahagian dari cikgu-cikgu yang ditawarkan untuk mengikuti program SMP