Bengkel kemahiran belajar adalah satu program yang wajib untuk semua pelajar OUM baru sebelum mereka memulakan pembelajaran mereka. Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada suasana pembelajaran secara ODL (Open and Distance Learning). Program in telah diadakan pada 17 Mei 2008 dan dihadiri oleh 120 orang pelajar ambilan Mei 2008. Dalam bengkel ini pelajar diajar kaedah pembelajaran ODL, pengurusan masa, pencarian maklumat dalam Internet dan perpustakaan digital serta penggunaan LMS (Learning Management System).

Pihak OUM Perak amat bertuah kerana dikunjungi oleh Naib Presiden Kanan OUM, Prof. Dr. Mansor Fadzil serta Pengarah CIDT (Centre for Instructional Design and Technology, Datin Halimatolhanin Binti Mohd Khalid). Prof. Mansor mengambil kesempatan untuk berucap dan memberi kata perangsang kepada pelajar supaya jangan mudah putus asa dan perjuangkan apa yang mereka kehendaki sehingga berjaya.



No comments:
Post a Comment