
PP Perak telah menganjurkan Sukan Riang Ria pada 18 Mei, 2008 bertempat di Tambun Extreme Park yang terletak berdekatan dengan Sunway Lost City di Ipoh, Perak. Sukan ini yang disertai oleh kira-kira 200 orang pelajar, tutor serta kakitangan OUM Perak beserta dengan keluarga. Acara sukan ini diserikan dengan kehadiran Naib Presiden Kanan OUM, Prof. Dr. Mansor Fadzil dan Pengarah CIDT OUM, Datin Halimatolhanin Binti Mohd Khalid.



Turut serta dalam sukan ini seramai 30 orang kakitangan dan pelajar dari OUM PP Pulau Pinang, Kedah dan Perlis yang diketuai oleh Mr. Goh Thian Hee, tutor kanan mewakili Puan Munaliz, Pengarah PP Pulau Pinang/Kedah/Perlis.

Tujuan sukan ini diadakan adalah untuk menjalin hubungan silaturrahim di kalangan pelajar, tutor serta kakitangan OUM. Dua acara disediakan iaitu acara Badminton (Perseorangan Lelaki/Wanita, Bergu Lelaki/Wanita, dan Bergu Campuran) dan Futsal (Lelaki dan Wanita). Bagi anak-anak berumur di bawah 12 tahun juga diadakan pertandingan mewarna.

Sukan Riang Ria ini dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan senamrobik yang dikendalikan oleh Ahli Pasukan Kesihatan Negeri Perak yang diketuai oleh Puan Mahani. Sesi Senamrobik ini berlangsung selama 45 minit.


Prof. Mansor turut memberi ucapan perangsang kepada semua peserta dan menyeru semua bersukan dengan penuh semangat. Beliau amat bangga dengan penyertaan pelajar dan tutor dari berbagai kaum dalam menjalinkan hubungan mesra antara satu sama lain.

Sukan Riang Ria ini yang bermula pada jam 8.00pagi dan tamat pada jam 3.30 petang telah berjaya mencapai objektifnya dan rata-rata pelajar dan kakitangan menyatakan rasa puas hati mereka dan ada yang mencadangkan supaya diadakan setiap awal setiap semester.
No comments:
Post a Comment