Wednesday, May 21, 2008

Sukan Riang Ria OUM Perak - Part 3 - Kontingen dari Utara

Sukan Riang Ria anjuran OUM Perak pada 18 Mei, 2008 turut dihadiri oleh kakitangan, tutor serta pelajar dari PP Pulau Pinang, PP Kedah dan PP Perlis berjumlah seramai 30 orang. Pasukan dari Utara ini mengambil bahagian dalam semua acara Badminton dan Futsal termasuk futsal lelaki dan wanita.

Pemain-pemain dari utara ini handal-handal belaka. Mereka menggondol hampir semua pertandingan badminon iaitu menjadi juara dalam Perseorangan Lelaki, Bergu Lelaki, Bergu Wanita serta Bergu Campuran. Syabas kepada semua peserta OUM dari Utara.

Kontingen dari Utara bergambar bersama Pengarah serta kakitangan PP Perak. Kelihatan pelajar dari Kedah Sdra Anuar (berbalut tangan) mendapat kecenderaan selepas terjatuh semasa pertandingan futsal.

Sebahagian dari ahli pasukan kontingen dari utara.

Mr. Goh, tutor kanan dari PP Pulau Pinang (dua dari kanan) telah diberi tugas sebagai umpire pertandingan badminton.

Pertanding akhir badminton bergu lelaki antara PP Perak (Menghadap Kamera) dan PP Kedah.

No comments: