Tuesday, June 24, 2008

Projek Lanskap Buku Hijau OUM Perak

Prof. Ramli melancarkan Projek Buku Hijai di PP Perak pada 21 Jun 2008 dengan menanam pokok cili dalam pasu khas yang disediakan

Dengan berpegangkan kepada falsafah "Yakin Boleh", OUM Perak telah membuahkan satu idea baru iaitu Projek Lanskap Buku Hijau di mana sayur-sayuran mengambil alih pokok bunga yang ditanam diperkarangan OUM Perak. Justeru lanskap OUM Perak bakal berubah.

Projek Buku Hijau telah dilancarkan dengan rasminya oleh Prof. Ramli Bahroom, iaitu Pengurus Besar OUM (Bhg Perancangan Korporat dan Komunikasi) pada tanggal 21 Jun 2008.

Projek ini bertujuan untuk menghidupkan kembali Rancangan Buku Hijau yang telah diperkenalkan oleh PM Malaysia yang ke 2 iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1974 bagi menangani masalah akibat inflasi yang sedang melanda negara kita.

Projek ini diharapkan dapat menyuntik semangat semua kakitangan dan pelajar-pelajar OUM Perak untuk menanam sayur sendiri. Ini bukan sahaja dapat membantu kita berbelanja secara berhemah malah membolehkan kita mengamalkan cara hidup yang sihat yang bebas dari bahan kimia.

Sebagai permulaan, sayur-sayuran seperti Kailan, Bendi, Terung, Cili dan Pudina telah ditanam. Banyak lagi jenis sayur yang lain akan ditanam dalam masa yang singkat. PP Perak juga akan memperkenalkan tanaman cara hidroponik selepas projek ini membuahkan hasil.



Beginilah keadaan verandah yang penuh dengan sayur-sayuran yang baru ditanam

No comments: