Sebagai sebuah universiti di mana 95% pelajar OUM adalah terdiri daripada warga kerja, maka OUM Perak telah mengambil inisiatif untuk menjadi peneraju kepada usaha menghidupkan kembali projek Buku Hijau yang telah diperkenalkan pada tahun 1974 oleh PM Malaysia yang kedua.
Dalam projek ini, semua pokok bunga akan ditukar kepada penanaman sayur-sayuran yang lebih mendatangkan faedah. Dengan usaha ini, adalah diharap semua kakitangan dan pelajar akan mengikut contoh ini. Pelajar juga boleh mempelajari kaedah menanam berjenis-jenis sayuran dan mendapatkan benih sayuran dari pihak OUM Perak.


No comments:
Post a Comment