Hari Keluarga Meteor/OUM berakhir dengan jamuan makan tengahari sebelum semua peserta bersurai untuk bergegas balik ke kampung halaman masing-masing memandangkan keesokan harinya adalah hari pembukaan penggal persekolahan.
Acara penutup telah disempurnakan oleh Prof. Dr. Mansor Fadzil, Naib Presiden Kanan OUM. Satu sesi gambar yang melibatkan AJK hari keluarga menjadi penutup tirai. Dengar ura-ura dari Datin Teh Raqamah, Pengarah Perhubungan Korporat, bahawa hari keluaraga 2009 mungkin akan diadakah di Bukit Merah, Perak.
Kepada semua AJK dan sekretariat dan pihak pengurusan Meteor/OUM khasnya Tuan Hj. Repin dan Tan Sri Presiden, kami warga Meteor/OUM serta keluarga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan jumpa lagi tahun hadapan.
Ucapan Penutup oleh Prof. Dr. Mansor Fadzil, Naib Presiden Kanan OUM
Ucapan Tuan Hj Repin, Pengarah Eksekutif kumpulan Meteor
Datin Teh Raqamah (kiri) bersama Prof. Dr. Latifah, Pengarah, Pusat Pengurusan Pelajar
Sesi begambar dengan semua AJK penganjur
Duduk di barisan hadapan dari kiri, Tan Sri dan Puan Sri dan Puan Hjh Kamariah, Ketua Pendaftar, OUM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment