Friday, June 13, 2008

Meteor/OUM Family Day - Part 5

Hari kedua family day dimulakan dengan acara senamrobik, tapi malangnya organizer entah ke mana hilang tak kujung tiba. Banyak lagi acara diadakan di sebelah pagi antaranya termasuk menganyam ketupat, menyusun bunga, menyediakan hantaran kahwin, mengecat muka, bicycle treasure hunt serta tarik tali dalam kolam. Keseluruhannya, rumah biru yang terdiri daripada staf-staf Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, PP Perak, PP Kelantan dan CIDT yang diketuai oleh Prof. Shaari, telah muncul sebagai juara.

Pengarah PP Perak, Richard Ng yang turut mengambil bahagian dalam acara menganyam ketupat sedang menunjukkan ketupat yang telah siap kepada Pengarah PP Kelantan, Dato' Nik Najib.

Pertandingan menyusun bunga

Para peserta dalam acara mengecat muka badut

Tan Sri Presiden sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang treasure hunt iaitu kumpulan Richard Ng, Pengarah PP Perak dan Wati, eksekutif kanan, Learner Services Centre.

No comments: