Saturday, July 12, 2008

10 Tips Untuk Menghadapi Peperiksaan Semester Mei 2008


Peperiksaan semester Mei 2008 Open University Malaysia akan bermula pada 14 Julai hingga 3 Ogos 2008. Bagi pihak OUM Perak saya ucapkan selamat maju jaya dalam menghadapi peperiksaan. Kami di PP Perak sentiasa mendoakan semoga anda semua akan mendapat keputusan yang cemerlang.

Sebagai panduan, berikut adalah 10 Tips Untuk Menghadapi Peperiksaan Mei 2008:

1. Pastikan tarikh dan tempat peperiksaan anda
2. Sila cetak slip menduduki peperiksaan dan bawa ke dewan peperiksaan
3. Pastikan anda juga membawa bersama anda kad matrik atau kad pengenalan
4. Pastikan anda mempunyai rihat yang cukup sehari sebelum peperiksaan
5. Buat ulangkaji akan isi-isi penting yang dapat membantu anda
6. Pada hari peperiksaan, pastikan anda hadir 30 minit sebelum peperiksaan
7. Semak senarai nama anda dan dapatkan nombor tempat duduk anda
8. Semasa dalam dewan, tenangkan fikiran anda, dan dengar taklimat peperiksaan dengan teliti sebelum mula
9. Apabila peperiksaan bermula, semak kertas soalan dan baca arahan menjawab soalan dengan teliti
10. Catatkan rangka jawapan anda terlebih dahulu sebelum anda menjawab soalan

Pastikan anda tidak membawa perkara berikut ke dalam dewan peperiksaan:

a. Nota dan segala bahan bacaan
b. Telefon bimbit
c. Kotak pensel, kotak kalkulator, kotak cermin mata dan beg tangan
d. Pastikan tapak tangan anda tidak ada sebarang tulisan


Anda diingatkan supaya jangan meniru dalam peperiksaan kerana meniru adalah satu kesalahan besar yang tidak dapat dimaafkan oleh Open University Malaysia.


Selamat Maju Jaya. Semoga sukses.

No comments: