
Canselor Open University Malaysia, YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah menyeru orang ramai terutama suri rumah agar menanam sayur-sayuran sendiri bagi mengurangkan kos perbelanjaan harian terutama dalam keadaan ekonomi yang gawat. Kata beliau, usaha sebegini tidak memerlukan modal yang besar tetapi dapat memberikan manfaat yang banyak.
Selain dari itu, ianya juga dapat mencantikkan keadaan persekitaran halaman. Beliau juga menyarankan agar setiap rumah menanam sayur-sayuran yang berlainan dan kemudian mengongsikannya sesama jiran. Beliau berkata demikian semasa melancarkan Projek Bumi Hijau peringkat negeri di Taman Rembau.
Pusat Pembelajaran OUM Perak juga telah melancarkan rancangan Buku Hijau pada bulan lepas bagi menimbulkan kesedaran staf dan pelajarnya. Projek ini telah dilancarkan dengan rasminya oleh Prof. Ramli Baharoom, Pengurus Besar Perhubungan Korporat dan Komunikasi OUM.



No comments:
Post a Comment