
Bengkel untuk mencemerlangkan pelajar-pelajar OUM Perak sebagai persediaan menghadapi peperiksaan akhir semester Mei 2008 telah diadakan di PP Perak pada 5 Julai, 2008. Seramai 85 orang pelajar termasuk 3 orang pelajar dari PP Pulau Pinang yang ingin skor A telah hadir untuk mengikuti bengkel ini.

Bengkel ini bermula pada jam 8.15 pagi tepat dengan sesi Persediaan Menghadapi Peperiksaan oleh Tutor Kanan PP Perak iaitu Sdra Mohammad Noor Ibrahim. Selepas itu ia diikuti oleh sesi Persediaan Mental menghadapi peperiksaan oleh Tutor senior kita yang banyak berpengalaman iaitu Tuan Haji Idris Bin Ismail.

Bengkel berhenti rihat untuk sarapan pagi pada jam 10.15 pagi. Selepas sarapan pagi pelajar dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu pelajar semester 1 dan pelajar senior.
Pelajar semester 1 yang baru ini telah didedahkan dengan kaedah menjawab soalan peperiksaan bagi subjek Learning Skills dan English for Written Communication almaklumlah ini kali pertama mereka akan menduduki peperiksaan akhir selepas sekian lama.
Bagi pelajar senior pula diadakan 2 subjek pilihan kali ini iaitu subjek Entrepreneurship dan Professional Ethics.

Subjek Entrepreneurship telah dikendalikan oleh Pengarah PP Perak iaitu Sdra Richard Ng. Dalam sesi ini pelajar didedahkan dengan kaedah untuk mendapatkan gred yang baik selepas mengetahui markah "Carry" masing-masing. Sebanyak 50 soalan exam yang lazim keluar telah diutarakan dan pelajar diajar cara menjawab seperti yang dikehendaki oleh skema peperiksaan.

Subjek Professional Ethics pula telah dikendalikan oleh Sdra Sree seorang Tutor Senior dari PPT Greentwon, Ipoh, yang banyak pengalaman dalam membimbing pelajar dalam subjek ini.
Bengkel ini tidak akan berjaya kiranya tidak mendapat restu dan kelulusan bajet dari Pengarah Cenre for Student Management iaitu Prof. Dr. Latifah Abdol Latif. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada penceramah jemputan serta staf PP Perak yang bertugas.
Pihak PP Perak mengucapkan selamat maju jaya pada semua peserta bengkel dan pelajar-pelajar OUM dalam menghadapi peperiksaan semester Mei yang akan bermula pada 14 Julai.
1 comment:
Thank you to all speaker for this workshop!!
Very helpful guideline & very high motivation speech given in this workshop.
Now, i`m more confident to face the exam. Hopefully A will be in my result slip.
Thanks again.
Post a Comment