Wednesday, September 17, 2008

Look, who's birthday @ OUM Perak

Sept 17, 2008

Staf-staf OUM Perak bersama keluarga telah berkumpul pada tanggal 17 September bagi satu Majlis Berbuka Puasa yang cukup istimewa di OUM Perak, Jln Lim Bo Seng.

Beginilah suasana majlis berbuka puasa malam tadi

Istimewa kerana hari ini semua staf serta keluarga telah berpakat untuk meraikan hari lahir Pengarah PP Perak, Sdra Richard Ng (16 Sept) serta Sdri Irnawati atau Erna (17 Sept) yang ke ...? Rahsia? Tengoklah pada kek nanti.

Hah baru nampak gambar Aina yang pemalu selepas lama dipujuk untuk bergambar. Aina (adalah anak kepada Puan Murni) bersama ayahnya.

Paaaaaling istimewa sekali, kami dihidangkan dengan berbagai juadah dan masakan yang disediakan sendiri oleh Sdri Erna. Semua masakan yang disediakan memang sedap sehingga menjilat jari. Nak tahu apa yang kami makan? Ikan siakap sweet and sour, ayam panggang, udang goreng tepung, sambal tumis sotong dan kailan. Kuih muih juga tak kurang banyaknya seperti seri muka, karipap, dan murtabak.

Sdra Richard dan Sdri Erna sedang memotong kek hari lahir. Nampak ke hari lahir ke berapa?

Selepas makan, Sdra Richard dan Sdri Erna telah dijemput untuk memotong kek "2 in 1". Apa tu? Tengok gambar kek tu lah baru tahu. Kek yang disediakan oleh staf OUM Perak adalah cheese cake seberat 3kg.

Gambar semua staf yang hadir malam tadi (dari kiri) Kamaruddin, Fahmi, Pn Ilah, Richard, Shah, Erna, Pn Ros dan Pn Murni

Sdra Richard mengucapkan terima kasih kepada semua staf serta keluarga yang telah hadir sama khasnya kepada Sdri Erna yang telah bersusah payah mengambil inisiatif menyediakan makanan yang sedap-sedap tu. Tidak ketinggalan juga staf-staf lain ang turut sama membantu dalam majlis ini.

Hah, inilah rupa kek yang dihadiahkan staf OUM Perak.

Sdra Richard juga merakamkan rasa terharunya dengan semangat gotong royong yang ditunjukkan oleh semua staf dalam majlis ini. Beliau juga memberitahu bahawa pada sebelah petang tadi sebelum majlis berbuka puasa ini, Tan Sri Presiden OUM telah menelefon beliau dan menyampaikan ucapan "Selamat Hari Lahir" bagi pihak OUM dan menyuruh Sdra Richard menyampaikan salam pada semua staf pada majlis nanti dan berharap semua staf serta keluarga berada dalam keadaan sihat selalu.

Video Majlis Berbuka Puasa @ OUM Perak

Sebelum majlis besurai, Pengarah PP Perak memberitahu semua staf bahawa beliau akan mengadakan satu majlis keraian selepas Raya nanti. Beliau mencadangkan untuk diadakan majlis makan dan karaoke. Tarikhnya akan ditetapkan dalam mesyuarat bulanan akan datang.

5 comments:

Aya said...

Hai Dr Richard and Erna..Happy Belated Birthday..

Assoc. Prof. Dr. Richard Ng said...

Thank you

Unknown said...

happyBday to both of you too!!

iEn said...

happy belated birthday sir! and erna :D

Assoc. Prof. Dr. Richard Ng said...

Thank you very much for the best wishes.

Richard