Sunday, January 11, 2009

Jamuan Makan Malam Staf OUM Perak

Januari 10, 2009

Gambar kenangan makan buffet kat Hotel Impiana Casuarina, Ipoh. Dari kanan (arah pusingan lawan jam) Puan Siti Norjalilah, Puan Zura, Puan Murni, Cik Erna, Puan Ros, Sharizal, Hamid, Wan Kamaruddin dan Pengarah OUM Perak, Richard Ng

Pada hari ini Sabtu 10 Januari 2009 merupakan hari yang paling sibuk sekali buat staf OUM Perak. Ini adalah kerana pada hari tersebut berjalannya berbagai aktiviti yang terpaksa dijalankan. Antara aktiviti tersebut termasuk:

* Peperiksaan Akhir untuk Pelajar SMP ambilan khas Nov 2008 di mana pelajar-pelajar peperiksaan akhr semester untuk dua subjek iaitu Teknologi dalam Pendidikan dan Professional Ethics.

* Pendaftaran pelajar SMP kohort 5 dan pengambilan modul

* Pendaftaran pelajar Post-Graduate senior dan ambilan semester Jan 2009

* Sesi taklimat pelajar Bachelor of Nursing Sciences

Semua aktiviti ini bermula pada jam 8.00pg hinggalah tamat pada jam 5.30ptg.

Sudah tentu semua staf yang terlibat amat keletihan pada hari tersebut. Di sebelah malamnya pula telah diadakan sesi taklimat untuk semua staf OUM Perak mengenai polisi kerja OUM bagi tahun 2009. Selepas itu staf OUM Perak telah diraikan dengan jamuan makan malam di Hotel Impiana Casuarina, Ipoh.

3 comments:

cun said...

Boss..kami hbs kojer bukan 5.30 tp 6.30ptg....stay kt opis spai kol 6.30...huhuhu..x mandi lg tu..trus p dinner

Assoc. Prof. Dr. Richard Ng said...

Gua caya sama lu lah.

Patut lah bermacam-macam bau .... eh perfume

Unknown said...

kesian ye...

tapi kan dpt dinner yg sedap sekali??

boss belanja ke??