
Ipoh dikejutkan petang semalam di mana sebuah gua di Ipoh yang menempatkan tokong terkenal iaitu Perak Tong yang terletak kira-kira 3 km dari OUM Perak. Gua ini yang dapat kelihatan dari jalan Kuala Kangsar mengalami keruntuhan bongkah batu kapor dari puncak bukit pada kira-kira jam 3.20 petang sehingga mengakibatkan sebahagian tangganya yang menuju ke puncak bukit itu runtuh.

Seramai 17 orang pengunjung yang berada di puncak bukit ketika itu terperangkap selama lebih dari 3 jam. Mereka kemudiannya diselamatkan oleh pihak bomba dari balai bomba Ipoh. Dua orang pengunjung dilaporkan mengalami kecederaan pada tangan dan kaki dan sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Gua ini yang terkenal dengan pengunjung di seluruh Malaysia adalah di antara beberapa gua yang terletak di Ipoh. Antara gua-gua lain yang terkenal termasuk gua Sam Poh Tong dan gua Kek Lok Tong.

Laporan terkini mengatakan bahawa seorang mangsa yang terperangkap dalam runtuhan tersebut berkemungkinan telah mati. Mangsa bernama Yip Lum Choon, 55 tahun, menurut laporan adalah Jaga di situ.

Unit anjing dari Jabatan Bomba Negeri telah mengesan sebarang tanda mangs masih hidup. Menurut sumber, mayat mangsa yang masih berada di bawah bongah batu kapur akan dikeluarkan dengan menggunakan letupan.
Gua ini telah diarahkan tutup oleh kerajaan negeri sehingga ianya disahkan selamat.
No comments:
Post a Comment