Sesi praktikal ini yang diadakan pada julung kalinya di Ipoh pada 17 Januari 2009, telah dihadiri oleh 35 orang pelajar yang terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Critical Care Nursing dan Trauma untuk semester ini.
Latihan praktikal ini diadakan setiap hujung minggu untuk selama 12 minggu ataupun 96 jam latihan sebagai syarat pengijazahan. Ia diadakan dengan kerjasama Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. Para pelajar yang kesemuanya terdiri daripada jururawat yang sedang dalam perkhidmatan telah dibimbing oleh Local Preceptor yang terdiri daripada jururawat yang berpengalaman yang diketuai oleh Matron Gan.
Pada hari pertama latihan praktikal ini, para pelajar telah dikumpulkan di Bilik Persidangan yang terletak di Bangunan Utama hospital ini untuk mengikuti taklimat mengenai tatacara latihan. Pengarah PP Perak, Richard Ng, turut serta untuk memberikan taklimat dan menjawab semua pertanyaan pelajar.
Pada penghujung sesi latihan praktikal ini pelajar dikehendaki membentangkan apa yang telah mereka tempuhi dan pelajari. Para pelajar nampaknya ceria dan cukup bersemangat.
Sambutan bagi program ini amat menggalakkan sejak ianya ditawarkan kepada orang ramai. Mereka yang berminat untuk mengikuti program ijazah ini yang mengambil masa 2 tahun mesti mempunyai sekurang-kurangnya diploma kejururawatan dan berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
No comments:
Post a Comment