Rombongan OUM Perak ini telah disambut oleh YB Mohd Zahir Abdul Khalid. YB Mohd Zahir adalah sahabat kepada Richard Ng semasa YB Mohd Zahir bertugas dengan Universiti Teknologi Petronas dan Richard Ng adalah Pengarah Kumpulan Kolej Sarjana.
Bagi pihak OUM, Richard Ng mengucapkan tahniah kepada YB atas perlantikannya sebagai ahli Exco yang baru. Semasa pertemuan selama setengah jam itu, perbincangan berkisar sekitar peranan yang boleh dimainkan oleh OUM bagi membantu kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan dalam membangunkan modal insan serta meningkatkan tahap ekonomi negeri.
YB Mohd Zahir juga berjanji akan membantu OUM dalam menggalakkan kakitangan kerajaan untuk menaiktaraf mereka di samping menimba ilmu pengetahuan bagi meningkatkan produktiviti mereka.
No comments:
Post a Comment