Sunday, November 14, 2010

KEJUTAN UNTUK BOS KAMI!!

Posted by Shahrul Murniza

Dr Richard bersama jemputan khas, Prof Dr. Ahmad Hashem

OUM Perak telah mengadakan Majlis Makan Malam Graduan MK8 & 9. Pada malam tersebut juga kami telah mengadakan satu kejutan untuk Pengarah kami Dr Richard Ng sempena kejayaan beliau memperolehi Doktor Falsafah (BA).

Pn Ila sedang mengumumkan kejutan untuk Dr Richard

Pn Zura sedang menyampaikan bouquet dan hadiah surprise dari staff PP Perak

Kegembiraan terpancar diwajah Dr Richard

Menerima satu lagi kejutan dari wakil pelajar, En Masmudin

Dua tiga minggu sebelum majlis, Dr Richard asyik mengarahkan staf-staf membuat persediaan untuk meraikan pelajar –pelajar yang bakal naik pentas pada 20 – 23/11/10, sehingga beliau terlupa yang beliau juga bakal naik pentas. Jadi, kami pun cuba memikirkan dan menyelitkan satu kejutan untuk beliau pada malam itu.

Bergambar dengan staf beliau

6 comments:

Assoc. Prof. Dr. Richard Ng said...

Memang saya amat terkejut. Dan memang penuh dengan surprise sebab seumur hidup saya tak pernah saya terima bunga. Lepas tu dapat jam tangan mahal pulak. Yang paling surprise sebab saya tak sangka staf saya cukup lawa malam tu. Syabas kerana telah berjaya mengendalikan majlis makan malam tadi dengan amat berjaya sekali. Terima kasih pada semua staf yang sentiasa sayang pada saya.

Unknown said...

Congratulation, sir!!
i'm waiting for my big-day in 2011...

Idris Talu said...

Tahniah kepada Dr. Richrad Ng, Pengarah OUM Perak, atas kejayaannya memperolehi Doktor Falsafah (BA). Walau pun sebok dengan segala macam urusan pentadbiran OUM di peringkat negeri Perak mahu pun aktiviti OUM di luar negara, beliau masih mampu terus belajar.

OUM Perak berbangga dengan kejayaan Dr Richard Ng.

Assoc. Prof. Dr. Richard Ng said...

May Sin ... you can do it.

Assoc. Prof. Dr. Richard Ng said...

Terima kasih Tn. Hj. Ini semua hasil kerjasama semua staf dan student OUM yang telah mengambil bahagian sebagai responden soal selidik saya tahun lepas

Assoc. Prof. Dr. Richard Ng said...

... dan juga kerjasama semua tutor dan pengarah PP yang lain