Sunday, November 21, 2010

Majlis Kovokesyen OUM ke 9: 20 - 23 Nov 2010

YABhg Canselor OUM, Tun Jeanne Abdullah dan YBhg Pro-Canselor OUM, Tan Sri Azman Hashim

Majlis Konvokesyen OUM ke 9 dari 20 hingga 23 November 2010 menyaksikan seramai 5931 orang pelajar menerima ijazah mereka masing-masing. Pada konvokesyen ini juga OUM berjaya melahirkan 7 orang graduan pada julung kalinya dalam program Ijazah Doktor Falsafah di mana 4 orang akan menerima Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, 2 orang menerima Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pendidikan dan seorang lagi menerima Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Kejuruteraan.

Presiden OUM, YBhg Tan Sri Dr Anuwar Ali, sedang menyampaikan ucapannya.

Klip video ucapan YBhg Tan Sri Presiden:



Klip video ucapan YABhg Tun Canselor:




Kumpulan pertama penerima Ijazah Doktor Falsafah OUM dari kiri: Dr. Patrick Wong, Dr. Baljinder Singh, Dr. Lum Heap Sum, Dr. Malcolm Sia, Dr. Richard Ng, Dr. Wong Siaw Ming and Dr. Aminah Hashim

Klip video penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah:



Pengarah OUM Perak, Richard Ng, menerima Ijazah Doktor Falsafah dari YABhg Tun Jeanne Abdullah, Canselor OUM

Sdra Yunus sedang menerima Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Tun Canselor

Dalam majlis yang sama seramai 254 orang graduan akan dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana, 5517 orang graduan menerima Ijazah Sarjana Muda dan 153 orang akan menerima diploma.

Gambar kenangan dari kiri: Sharizal, Richard Ng, Puan Murni dan Puan Zura

Seperti pada kebiasaannya, majlis konvokesyen dimulakan dengan perarakan graduan, diikuti oleh perarakan akademik dan perarakan besar. Ia kemudian disusuli oleh nyanyian lagu Negaraku dan lagu OUM. Bacaan doa kemudian menusul diikuti oleh ucapan YBhg Tan Sri Presiden merangkap Naib Canselor. Selepas itu Canselor akan mengishtiharkan pembukaan majlis konvokesyen.

Puan Zura dan Puan Murni bergambar bersama Peter Yacob dan Miss Tan

Bergambar bersama pelajar OUM Perak iaitu Cik Vasanthi

Majlis konvokesyen kali ini diadakan dalam 7 sidang mulai 20 November hingga 23 November. Pada hari pertama majlis ini seramai kira-kira 800 orang menerima ijazah masing di sebelah pagi iaitu sidang pertama dan seramai 800 lagi menerima ijazah mereka di sebelah petang dalam sidang kedua.

Puan Zura dan Puan Murni antara tetamu Majlis Konvokesyen ke 9

Graduan OUM Perak program MBA, Chow Kin Wai, bergambar dengan adik saudaranya

Graduan Ijazah Doktor Falsafah menerima ijazah mereka dahulu diikuti dengan graduan Ijazah Sarjana. Ia kemudian diikuti oleh graduan Ijazah Sarjana Muda dan diploma mengikut Fakulti masing-masing.

Salah seorang graduan BNS OUM Perak

Majlis konvokesyen ini merupakan konvokesyen ketiga yang diadakan pada tahun 2010 sahaja. Seramai 320 orang graduan telah berjaya dilahirkan oleh OUM Perak. Antara penerima ijazah pada konvokesyen ini ialah Pengarah OUM Perak, Dr Richard Ng yang menerima Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pentadbiran Perniagaan.

Sebahagian dari graduan yang hadir

Beberapa orang pelajar dari OUM Perak yang menerima Ijazah Sarjana termasuk Peter Yacob, Chow Kin Wai dan Sdri Tan. Seorang pelajar dari Perak iaitu Hew Teck Soon berjaya menerima Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat.

Bergambar bersama graduan BNS sebelum perarakan bermula

OUM Perak juga pada kali pertamanya melahirkan graduan dalam program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan. Sdra Yunus dan Puan Siti Zaleha berjaya muncul sebagai pelajar cemerlang dalam program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.

Perarakan bermula

Sebahagian pelajar BNS sedang menanti giliran untuk mengambil ijazah masing-masing

Turut hadir pada majlis konvokesyen kali ini adalah 3 orang staf OUM Perak iaitu Puan Zura, Puan Murni dan Sdra Sharizal. Selain daripada menyaksikan majlis konvokesyen ini dengan lebih dekat lagi, kehadiran mereka sebenarnya adalah untuk memberi sokongan kepada graduan dari OUM Perak.

1 comment:

ALIWIRA said...

Tahniah atas kejayaan dan kecemerlangan OUM khususnya OUM Perak pada Majlis Konvo .Diharap terus maju dibawah Dr Richard Ng dan staf OUM Perak terutama Sharizal,Murni ,dan Muna serta yang lainnya. Masih ingatkah dengan saya di sini .

Ali bin Ismail
Konvo ke 8 Jun 2010

Jumpa lagi