Sunday, April 3, 2011

Laporan Bergambar Bengkel Penyediaan Tugasan @ OUM Perak



Bengkel Penyediaan Tugasan untuk pelajar-pelajar baru program SMP ambilan baru khas bulan Mac telah berlangsung pada 2 April 2011 di OUM Perak.

Bengkel ini telah dihadiri oleh 60 orang pelajar yang begitu bersemangat sekali untuk belajar cara menyediakan tugasan seperti yang dikehendaki OUM. Bengkel ini berjalan dengan begitu lancar di bawah pemudahcara Dr. Richard Ng yang juga Pengarah OUM Perak.





Semasa bengkel, para peserta bengkel telah ditunjukkan kaedah untuk mencari bahan tugasan dari Internet serta Perpustakaan Digital OUM. Para peserta juga didedahkan dengan kaedah rujukan APA serta cara untuk mengelakkan diri dari plagiarism. Para peserta juga telah ditunjukkan dua contoh tugasan bagi mengkaji ciri-ciri tugasan yang boleh mendatangkan markah yang tinggi.





Bengkel yang bermula pada tepat jam 8.30pg tamat pada jam 1.30tgh.

1 comment:

Unknown said...

Hi... love to see OUM comunity communicate in the net... Like your posting.

As an addition, kindly visit or attach my blog address to your blog (if you wish). This is related to "assignment writing" dedicated to OUM students. Trust this might help...
http://panduanmenulistugasan.blogspot.com