Friday, September 16, 2011
Bengkel Penambahbaikan CGPA Pelajar OUM Perak
Semua pelajar OUM Perak terutama yang mempunyai CGPA yang kurang dari 2.0 dikehendaki hadir mengikuti bengkel ini yang bertujuan untuk menambahbaik CGPA mereka supaya cita-cita mereka untuk mendapatkan sekeping diploma atau ijazah dapat dicapai.
Butiran lanjut adalah seperti berikut:
Tarikh: 17 Sept 2011
Masa: 10pg hingga 12tgh
Tempat: OUM Perak, Jln Lim Bo Seng (Dewan A)
Pemudahcara: Dr. Richard Ng
Antara intipati bengkel:
a. Memahami pengiraan CGPA
b. Kaedah menambahbaik CGPA
c. Apa yang perlu dilakukan
d. Mengimbas kembali kaedah pembelajaran berkesan
e. Sokongan yang disediakan OUM
Pelajar lain yang ingin menambahbaik CGPA mereka juga dialu-alukan untuk hadir.
Selepas sesi bengkel, pelajar adalah dijemput untuk sama-sama meraikan Majlis Hari Raya OUM Perak dari jam 12tgh hingga 3ptg.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment