Monday, September 5, 2011

Selamat Pengantin Baru --> Sharizal dan Ida Zurina



Warga OUM Perak mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" kepada staf OUM Perak iaitu Sdra Sharizal Bin Mohd Yunus.

Majlis Perkahwinan di antara Sharizal dan pasangannya Ida Zurina Binti Hassan Basri telah disempurnakan semalam 4 September 2011. Lebih dari 1,000 orang sanak saudara dan sahabat handai telah hadir bagi menyerikan majlis ini.



Turut hadir, staf-staf OUM Perak dan juga Pengarahnya, Dr. Richard Ng.

Semoga pasangan ini dimurahkan rezeki dan dikekalkan hingga ke cucu cicit piut.

Tahniah dari kami OUM Perak.

No comments: