Wednesday, September 14, 2011

Sesi Dialog Bersama Pelajar Pembelajaran Mode Online

Pengarah OUM Perak, Dr. Richard Ng sedang memberikan taklimat kepada para peserta.

Pada 11 September 2011 lepas, seramai 29 orang pelajar OUM Perak yang bakal belajar melalui mode pembelajaran secara Online telah hadir ke suatu majlis taklimat serta dialog bersama Pengarah OUM Perak, Dr. Richard Ng.

Sesi ini bermula pada jam 12.00tgh dan tamat pada jam 1.30ptg. Sesi ini merupakan perjumpaan yang julung kali diadakan untuk pelajar OUM. Tujuannya ialah untuk memberi taklimat mengenai Pembelajaran secara Online serta persediaan yang perlu ada untuk belajar melalui mode pembelajaran ini.

Pelajar juga dijemput berdialog dengan Pengarah serta memberi maklum-balas kepad OUM supaya pelajar mode Online akan diberi sokongan yang diperlukan.

Antara pelajar yang hadir

Dalam taklimatnya, Dr. Richard memberitahu pelajar yang hadir bahawa terdapat kira-kira 70 orang pelajar OUM Perak yang terlibat dalam pembelajaran secara Online. Antara faedah mengikuti kaedah pembelajaran ini ialah pelajar tidak perlu hadir ke kelas tutorial, justeru mempunyai lebih masa bersama keluarga dan tidak menjejaskan kerja mereka. Pelajar juga akan diberi diskaun sebanyak 25% daripada yuran tiusyennya. Mereka akan mendapat modul seperti pelajar lain dan mempunyai akses kepada forum perbincangan atas talian dalam MyVLE.

Untuk berjaya belajar melalui kaedah ini pelajar mestilah bersikap positif, berkeyakinan pada diri, bermotivasi, mempunyai kemahiran belajar secara Online serta mempunyai disiplin diri yang tinggi.

Pembelajaran secara Online adalah lebih fleksibel dan tidak terikat dengan jadual waktu. Pelajar cuma perlu mempunyai akses ke Internet dan mengambil bahagian secara aktif dalam perbincangan atas talian bersama rakan lain serta tutor yang dipilih khas untuk membimbing mereka.

Daripada 29 orang pelajar yang hadir, seramai 15 orang pernah mengikuti pembelajaran
secara online manakala ianya adalah merupakan pengalaman pertama untuk 14 orang pelajar yang lain.

Bila ditanya apakah masalah belajar secara online, majoriti bersetuju yang tutor online perlu memberikan respon kepada pertanyaan pelajar dengan segera serta memahami kehendak dan kekangan mereka.

Ada pelajar yang telah serasi dengan pembelajaran secara Blended Learning mengharapkan agar diadakan pembelajaran secara Blended Learning namun akur bila diberitahu bahawa bilangan pelajar untuk Blended Learning mestilah melebihi 5 orang.

Pada akhir sesi dialog tersebut banyak cadangan telah diterima. Di antaranya ialah bagi subjek matematik atau IT yang memerlukan pembelajaran secara "hands-on" haruslah tidak menggunakan kaedah pembelajaran secara Online.

Pelajar yang tidak pernah belajar secara Online bersedia untuk mencuba sistem pembelajaran ini dengan syarat pihak OUM memberi sokongan yang sepenuhnya dari segi akademik dan pentadbiran.

Satu laporang telah disediakan bagi memberikan maklum balas pada pihak pengurusan tertinggi OUM supaya memberi pertimbangan kepada cadangan yang diberikan pelajar.

No comments: