Wednesday, September 7, 2011

Sambutan Kemerdekaan ke 54 anjuran OUM Perak

Merdeka! Merdeka! Merdeka!



OUM Perak dengan kerjasama Persatuan Kecergasasan Perak, Alumni OUM Perak dan Persatuan Pelajar OUM Perak akan menganjurkan Sambutan Kemerdekaan ke 54 di Bukit Kledang, Menglembu, Ipoh pada 10 September 2011.

Nyanyian Lagu Patriotik di Bukit Kledang pada tahun 2008

Semua pelajar OUM Perak serta keluarga dan orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi suasana sambutan kemerdekaan. Kali terakhir sambutan ini diadakan ialah pada tahun 2008.

Turut serta pada tahun 2008 ialah mantan ADUN Simpang Pulai yang juga pelajar OUM Perak iaitu Sdra Alex Chan

OUM Perak telah pada kali pertama pada tahun 2007 telah menganjurkan Pendakian Merdeka bersama dengan Lions Club of Perak Silver State.

Kumpulan pendaki pada 4 Ogos 2007

Objektif pendakian bukit ini ialah untuk menimbulkan kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya kemerdekaan yang kita kecapi sejak 31 Ogos 1957. Di samping itu ia juga dapat menjalinkan hubungan silaturrahim di kalangan pelajar dan staf OUM Perak serta merapatkan kiat dengan masayarakat. Pendakian ini juga dapat memupuk semangat patriotik serta menaikkan taraf kesihatan kita.

Butiran lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh: 10 Sept 2011
Masa: 7 pagi
Tempat berkumpul: kaki bukit, Bukit Kledang.

Peta lokasinya adalah seperti berikut:

Klik untuk membesarkan imej

Aturcara sambutan:

1. Berkumpul di kaki bukit - 6.45pg
2. Pendaftaran peserta dan agih makanan, minuman dan bendera - 7pg - 7.30pg
3. Senamrobik - 7pg - 7.30pg
4. Ucapan aluan dan kata nasihat Pengarah OUM Perak - 7.30pg
5. Penyampaian cenderahati kepada Persatuan Kecergasan Perak
6. Pendakian Bukit - 7.45pg - 8.30pg
7. Pemasangan alat dan banner - 8.30pg - 8.45pg
8. Nyanyian Lagu NegaraKu
9. Lafaz Ikrar Rukun Negara
10. Ucapan Patriotik Pengarah OUM Perak
11. Nyanyian Lagu Patriotik:
a) Tanggal 31
b) Jalur Gemilang
c) Berjaya
d) KeranaMu
e) Wawasan 2020
12. Bersurai - 10pg

No comments: