Bergambar di Taman Kundasang dengan latar belakang Gunung Kinabalu.
Sekumpulan 31 orang melengkapkan rombongan dari OUM Perak melawat OUM Sabah dari tanggal 30 Mac hingga 1 April 2012. Lawatan 2 hari ini telah dirancang dan direalisasikan sejak 9 bulan yang lalu hasil dari lawatan sambil belajar ke OUM Kampus Induk dan OUM Petaling Jaya pada bulan Februari 2011.
Bertolak dengan bas dari OUM Perak dalam perjalanan ke LCCT
Di LCCT, KL
Di kaunter Check-In LCCT
Di kaunter Check-In LCCT
Rombongan dari OUM Perak melibatkan semua staf, pelajar serta tutor dan diketuai oleh Pengarahnya Dr. Richard Ng. Segala urusan perjalanan dan aktiviti kami telah diurustadbir dengan baik sekali oleh Puan Murni (OUM Perak) dan Puan Kamariah Ismail(OUM Sabah).
Urusan check-in di kaunter LCCT
Sempat makan malam sebelum bertolak ke KK
Objektif lawatan ini adalah untuk menjalin hubungan silaturahim di antara staf dan alumni OUM Perak dan OUM Sabah selain dari mempelajari apa yang patut bagi menambahbaik sistem pentadbiran dan pengurusan kami. Selain dari itu, lawatan ini juga merupakan aktiviti riadah yang membolehkan staf, pelajar dan tutor OUM Perak menikmati keindahan Kota Kinabalu.
Kami bertolak dari OUM Perak dengan menaiki bas shuttle pada jam 1.30ptg dan tiba di LCCT jam 5.30ptg. Pada jam 6.30ptg, kami ke kaunter AirAsia untuk membuat Check-in. Segala-galanya berjalan dengan amat licin. Tepat jam 8.20mlm, penerbangan AirAsia AK5126 pun bertolak dan selepas dua jam setengah kami pun tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KKIA. Di sana, kami disambut oleh Puan Kamariah Ismail, pentadbir OUM Sabah.
Urusan check-in di hotel Best Western, KK
Selepas itu kami bertolak dengan bas ke Best Western Hotel yang terletak kira-kira 15 minit dari KKIA. Urusan check-in di hotel mengambil masa lebih kurang setengah jam. Oleh kerana masing-masing sudah kepenatan dan jam menunjukkan pukul 11.30mlm, kami pun balik ke bilik untuk berehat untuk menymabung perjalanan kami ke Kundasang pada jam 7.30pg.
Kereta terbalik
Tepat jam 7.30pg Mac 31 2012, kami pun bertolak dengan bas ke Kundasang yang terletak dua setengah jam dari Kota Kinabalu. Tidak jauh dari Kota Kinabalu, kami singgah sebentar untuk melihat dengan lebih dekat Rumah Terbalik. Sungguh unik sekali di mana segala-gala dalam rumah termasuk sebuah kereta di situ diletak dalam keadan terbalik. Kami sempat bergambar sebentar sebelum meneruskan perjalanan kami ke Kundasang.
Bergambar di Taman Kinabalu, Kundasang
Sepanjang perjalanan ke Kundasang,kelihatan dari bas kami, Gunung Kinabalu yang tersergam indah dan gagah perkasa. Kira-kira jam 10.30pg kami pun tiba di Taman Botani Kundasang. Di sini, Gunung Kinabalu amat jelas sekali. Kami mengambil kesempatan untuk mengambil gambar serta menikmati kesejukan dan kebersihan udara di sini. Ada juga yang sempat membeli ole-ole di sini.
Selepas lebih kurang 30 minit di sini, kami pun bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Ranau untuk melihat pusat refleksologi ikan di Sg. Moroli, Kg. Luanti Baru. Kami telah dijemput untuk mendengar prebiu ringkas oleh pengurus pusat ini iaitu En. Jeffrey, yang menjelaskan sistem 'Tagal' pemulihan dan pembersihan sungai yang digunapakai serta kaedah refloksologi ikan di sini. Selepas berendam selama 15 minit, kami pun meneruskan perjalanan ke Sabah tea Plantation.
Di Sabah Tea Plantation, kami dapat melihat bagaiman daun teh di proses. Kami juga sempat menikmati makan tengahari di sini sambil menikmati kebun teh di sekelilingnya. Ramai juga ahli rombongan ini yang membeli teh yang dijual di sini dengan bermacam-macam perasa.
Hampir jam 2 ptg, kami pun bertolak balik ke Kota Kinabalu. Kira-kira jam 4.30ptg kami pun tiba Kota Kinabalu dan terus ke Pasar Filipino. Apa lagi bila dapat shopping, berjam-jam kaum hawa tawar menawar membeli mutiara yang cukup banyak dan cantik di sini. Ada yang pergi ke gerai ikan bakar bagi menikmati ikan, sotong dan udang bakar yang cukup murah dan banyak di sini yang terletak di pantau Jesselton. Sambil menikmati makanan kami, kami sempat menikmati Matahari Benam (Sunset) yang sungguh indah.
Jam 6.30ptg, kami pun balik ke hotel untuk mandi dan bersiap sedia untuk ke destinasi seterusnya iaitu Restoran Seafood Gayang. Jam 8.15 mlm, kami pun tiba di restoran ini yang penuh sesak yang kami anggar lebih dari 300 orang sedang memileh dan menanti makanan mereka.
.... bersambung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment