Sunday, April 15, 2012

Program Senamrobik di Taiping 15 April 2012 - lebih 150 peserta hadir





Cuaca di Taiping amat baik sekali ketika program Senamrobik OUM Jelajah Perak dijalankan di Dataran Kedamaian Taiping pada 15 April 2012. Program ini telah dijalankan bersama oleh Open University Malaysia Kampus Perak bersama Pemuda MIC Perak dan Taiping.



Orang ramai sedang beratur untuk mendapatkan kemeja T percuma dari pihak OUM



Sebahagian dari peserta senamrobik

Sambutan amat menggalakkan bilamana lebih dari 150 orang penduduk Taiping telah hadir sejak jam 7.00 pagi lagi bagi mengambil bahagian dalam aktiviti kecerdasan dan kesihatan badan. 100 peserta pertama telah diberi kemeja T Open University Malaysia secara percuma. Mereka juga turut diberi sebungkus nasi lemak dan air mineral sumbangan Pemuda MIC Perak.

Matron Cheah (kiri) dan Matron Foong, alumni OUM Perak, turut serta dalam program senamrobik










Sesi senamrobik yang bermula pada jam 7.30 pagi tamat pada jam 8.30 pagi di bawah bimbingan jurulatihnya Sdra Shidee dari Majlis Perbandaran Taiping. Pengarah Open University Malaysia (Perak), Dr. Richard Ng, dalam ucapannya berkata objektif utama program senamrobik ini adalah untuk mempromosi gaya hidup sihat kepada masyarakat tempatan di Taiping. Kata beliau, program senamrobik di Taiping adalah siri ketiga pihak OUM anjurkan di Perak selepas ianya dijalankan di Bukit Kledang di Menglembu dan Padang Polo di Ipoh.



Salah seorang peserta bertuah sedang menerima hadiah cabutan bertuah dari Ketua Pemuda MIC Perak, Sdra M. Veeran




Penyampaian hadiah cabutan bertuah oleh Puan Tina Leong, isteri Pengarah OUM Perak

Cabutan bertuah seterusnya dijalankan untuk mencabut enam hadiah bertuah. Sdra M. Veeran, Ketua Pemuda MIC Perak dan Taiping telah diberi penghormatan untuk membuat cabutan dan menyampaikan hadiad kepada peserta bertuah.



Pengarah OUM Perak Dr. Richard Ng sedang menyampaikan cenderahati kepada Sdra M. Veeran, Ketua Pemuda MIC Perak sebagai tanda penghargaan menjayakan program senamrobik ini.

Penyampaian cenderahati kepada jurulatih senamrobik, Sdra Shidee sambil disaksikan oleh Puan Erna (kiri) dan Puan Murni

Sebelum majlis bersurai, Pengarah OUM Perak memaklumkan bahawa pihak OUM akan cuba berusaha untuk mengadakan sesi seperti di masa akan datang supaya penduduk tempatan di Taiping menjadi serasi dengan program senamrobik sebagai aktiviti kesihatan badan.

No comments: