Friday, April 13, 2012

Previu Untuk Ambilan Semester Mei 2012 Open University Malaysia (Perak) - Manjung dan Taiping



Penduduk Perak di Manjung, Sitiawan, Lumut dan kawasan sekitarnya berpeluang untuk mendapat maklumat terperinci mengenai program yang ditawarkan di Open University Malaysia kampus cawangan Perak melalui previu yang dijalankan di Manjung seperti berikut:

Tarikh: 14 April 2012
Tempat: Leadview Hotel, Taman Samudera, Manjung, Perak
Masa: 10pg hingga 4ptg


Manakala penduduk di sekitar Taiping boleh juga mendapatkan maklumat melalui previu yang dijalankan di Taiping seperti berikut:

Tarikh: 15 April 2012
Tempat: Hotel Panorama, Taiping
Masa: 10pg hingga 4ptg


Program yang ditawarkan oleh OUM ini amat sesuai bagi mereka yang berminat untuk menyambung pengajian mereka tanpa melepaskan kerja masing-masing kerana program dijalankan secara PJJ dan Online dengan pertemuan bersemuka dengan tutor 4 kali setiap semester.

Syarat kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda biasanya ialah STPM dengan minimum 2 prinsip atau Diploma atau Sijil Matrikulasi. Walau bagaimanapun kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda boleh juga dibuat melalui kemasukan fleksibel dengan memiliki sijil PMR ataupun SPM dengan syarat lulus ujian fleksibel.

Pendaftaran boleh dibuat serta merta pada hari previu dengan membawa sijil kelayakan, kad pengenalan serta wang pemprosesan RM30.

Untuk keterangan lanjut mengenai program yang ditawarkan di OUM bolehlah melayari laman web www.oum.edu.my ataupun menghubungi OUM Perak. Tel: 05-2546006 atau 05-2490920/05-2490922

No comments: