Posted by M. Veeran
Pemuda MIC Taiping dan Pemuda MIC Perak serta Open University Malaysia (Kampus Perak) dengan kerjasama Persatuan Kecergasan Negeri Perak akan menjalankan Program Senamrobik buat julung kalinya di Dataran Kedamaian Taiping pada 15 April 2012 mulai jam 7 pagi.
Objektif program ini selain daripada mempromosikan hidup yang sihat dan cergas juga bertujuan menjalinkan hubungan silaturahim di kalangan masyarakat di Taiping sejajar dengan wawasan YAB PM Dato' Seri Najib Bin Tun Razak ke arah masyarakat 1Malaysia.
Senamrobik di Padang Polo di Ipoh pada 7 Jan 2012
Dalam konteks ini, Pemuda MIC Perak dan Taiping amat bangga dan berterima kasih kepada Pengarah Open University Malaysia, Dr. Richard Ng, kerana telah sudi memilih Pemuda MIC Perak sebagai rakan kongsi dalam menjayakan program ini di Taiping.
Program ini terbuka kepada orang ramai secara percuma. 100 orang peserta pertama yang mendaftar dan menyertai program ini akan diberi kemeja T OUM secara percuma. Manakala mereka juga akan menerima bungkusan nasi lemak dan air mineral sumbangan Pemuda MIC Perak dan Taiping.
Kami amat berharap masyarakat berbilang kaum di Taiping akan datang berama-ramai bagi menjayakan program ini. Cabutan bertuah akan menanti 3 peserta yang bertuah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment