Sempena dengan bulan kemerdekaan, OUM Perak telah menganjurkan aktiviti pendakian bukit Kledang yang terletak kira-kira 10 km dari OUM Perak pada 30 Ogos jam 6.30pagi.
Inilah Bukit Kledang yang akan kami tawan esok. Gambar ini diambil dari bumbung Jusco, Ipoh
Aktiviti ini dijangka akan disertai oleh Tutor, Staf OUM Perak, Alumni OUM serta Pelajar OUM dan keluarga masing-masing. Turut menyertai pendakian bukit ini adalah ahli-ahli dari Lions Club of Perak Silver State yang sentiasa memberi sokongan mereka.
Gambar Pendakian Bukit Kledang Tahun lepas
Peserta akan mendaki setinggi 3,000kaki dan berihat di sebuah taman di mana lagu patriotik akan dinyanyikan secara beramai-ramai. Sambil mendaki, setiap peserta akan mengibarkan jalur gemilang yang ditaja oleh OUM. Makanan dan minimum turut disediakan oleh OUM Perak.
Lagi gambar tahun lepas
Bagi mereka yang berminat untuk menyertai sila berkumpul di kaki bukit tempat letak kereta antara jam 6.30pg hingga 7.00pg. Sdra Alex Chan, bekas ADUN Simpang Pulai akan merasmikan aktiviti ini.
Seluruh Warga OUM Perak mengucapkan "Selamat Hari Merdeka" kepada semua pembaca blog ini. Kami juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan "Selamat Berpuasa" kepada semua umat Islam khasnya pelajar, tutor dan staf OUM.
Pada tanggal 23 Ogos 2008 telah dijalankan satu bengkel untuk pelajar-pelajar baru ambilan Sept 2008 di OUM Perak.
Tutor kanan, Mr. Koay sedang mengendalikan bengkel
Bengkel Kemahiran Belajar ini adalah satu bengkel separuh hari yang diwajibkan untuk semua pelajar baru kerana bengkel ini telah terbukti keberkesanannya dalam membimbing pelajar dan mendedahkan mereka kepada kaedah pembelajaran jarak jauh dan terbuka (Open and Distance Learning) ataupun ODL.
Tutor senior Mr. Manmohan sedang menyatakan sesuatu pada para peserta bengkel
Dalam bengkel ini, pelajar akan diajar mengenai cara mengurus masa, disiplin diri, penentuan sasaran hidup, penggunaan Internet, serta penggunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System) atau myLMS.
Sebahagian dari peserta bengkel
myLMS membolehkan pelajar melihat profil mereka, sebarang pengumuman universiti, memuat-turun bahan pembelajaran seperti soalan peperiksaan tahun-tahun lepas serta menjalankan perbincangan atas talian. myLMS juga mengandungi koleksi digital di mana pelajar dapat membaca bahan-bahan pembelajaran seperti buku elektronik, journal elektronik serta majalah dan makalah.
Para peserta bengkel
Berdasarkan kepada hasil kaji selidik yang dijalankan oleh pihak OUM, pelajar yang terdedah kepada bengkel ini menunjukkan tahap kesediaan pembelajaran secara ODL yang tinggi.
Sebahagian lagi para peserta bengkel
Dalam bengkel yang dijalankan ini, dua orang tutor senior telah ditugaskan untuk membimbing pelajar iaitu Sdra Manmohan dan Sdra Koay. Seramai 54 orang pelajar telah hadir dan masih ada ramai pelajar yang tidak hadir akibat kerja dan urusan peribadi. Bengkel yang bermula pada jam 8.30pg tamat pada tepat jam 1.30ptg.
Pelajar sedang mencari jawapan untuk soalan dalam Aktiviti "Mensa Test"
Pada 23 Mei 2008 yang lalu OUM Perak telah mengadakan Aktiviti T-Zero bagi pelajar-pelajar ambilan semester Sept 2008. Aktiviti ini diadakan sebelum Tutorial 1 supaya relajar-pelajar yang telah mendaftar untuk sesi September 2008 dapat menyesuaikan diri dengan tempat pembelajaran. Aktiviti seumpama ini dapat memberi peluang untuk pelajar untuk saling mengenali antara satu sama lain dan juga dapat mengenali kakitangan PP Perak.
Para pelajar sedang mengambil bahagian dalam aktiviti "Kenali OUM"
Aktiviti ini telah berlangsung di bilik kuliah PP Perak. Aktiviti ini bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Seramai 55 orang peserta di kalangan pelajar dan kakitangan turut sama untuk menjayakan aktiviti ini.
Salah satu daripada lima hasil kerja pelajar dalam aktiviti "Ilham Kreatif".
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut :- 1. Ilham kreatif 2. Cabaran Online (Mensa Test) 3. Kenali OUM 4. Persembahan kumpulan
Aktiviti pada hari tersebut dijalankan selama 3 jam. Semua pelajar telah melibatkan diri dan memberi kerjasama dalam semua aktiviti yang dijalankan. Pelajar-pelajar telah dibahagikan kepada 5 kumpulan.
Persembahan dari kumpulan 1
Persembahan dari kumpulan 2
Persembahan dari kumpulan 3
Persembahan dari kumpulan 4
Persembahan dari kumpulan 5
Johan keseluruhan bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah kumpulan ”Just Do It”. Setiap kumpulan telah menerima hadiah berupa hamper dan juga cenderamata daripada PP Perak. Semua kakitangan PP Perak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelajar yang telah memberi kerjasama sepanjang aktiviti tersebut berlangsung.
Setiap peserta menerima cenderamata dan setiap kumpulan juga menerima hamper. Berikut adalah keputusan keseluruhan bagi aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.
Johan : Kumpulan Just Do It Naib Johan : Kumpulan Kancil Ketiga : Kumpulan Success
Semalam merupakan hari ketiga dan terakhir Majlis Konvo OUM ke 6. Pada sebelah malamnya telah diadakan majlis makan malam bagi meraikan para graduan yang cemerlang dan tersenarai dalam senarai hadiah buku universiti. Kira-kira 500 orang tetamu khas, ahli akademik, staf OUM, para graduan serta suami atau isteri masing-masing telah hadir.
Sebahagian dari pelajar OUM Perak bersama Prof. Dr. Kidin, Dekan Fakulti Sains dan teknologi (empat dari kanan).
Para tetamu telah dihiburkan dengan berbagai persembahan tarian dan nyanyian dari staf dan ahli akademik OUM. Tema majlis makan malam ini adalah "Somewhere in the Rainbow". Justeru semua tetamu dikehendaki memakai baju berwarna-warni bagi mencerminkan warna pelangi. Tema ini telah dipilih bagi mencerminkan kejaya para graduan "with flying colors", kata Tan Sri Presiden OUM.
Para graduan OUM Perak bergambar bersama Tan Sri Azman Hashim, Pro-Canselor OUM dan Tan Sri Anuwar Ali, Presiden OUM.
Pada majlis tersebut para graduan telah dihadiahkan dengan sekeping cek bernilai RM500 untuk setiap graduan program Ijazah Sarjana Muda dan RM750 bagi graduan program Masters.
Para graduan OUM Perak bergambar dengan Pengarah PP Perak
Seorang lagi graduan OUM Perak, Jesin Malar (duduk kiri). Turut sama Dr. Mazlan, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains dan Matematik (berdiri kanan)
Pada majlis tersebut, seramai 15 orang pelajar OUM Perak dari program BE(TESL), BE (Maths) dan BE (Science) dan BBA telah menerima hadiah buku. Syabas pada semua pelajar OUM Perak yang telah berjaya mencapai keputusan yang cemerlang.
Majlis Konvo OUM ke 6 bersambung pada hari ketiga dengan penganugerahan ijazah dan diploma pada graduan dari Fakulti IT, Sains dan Teknologi dan Pemasaran dan Perniagaan.
Sebahagian dari Ahli Akademik OUM sebelum perarakan akademik (dari kiri) Dr. Rajesh, Dr. Tan, Richard, Puan Sharipah, Siti Farina, Puan Saedah, Norlina dan Sharifah
Teman sejati ... (dari kiri) Sdra Abdul Kadir, Sdra Arshad, Richard Ng dan Dr. Mazlan
Majlis bermula pada jam 8.00pg dengan perarakan graduan diikuti oleh perarakan akademik dan perarakan besar. Penyambungan semula konvo pada hari ketiga dan terakhir ini telah disempurnakan oleh Pro-Canselor OUM, Tan Sri Dato' Azman Hashim pada jam 9.00pg.
Graduan Diploma sedang mengambil diploma mereka
Dalam ucapan pembukaannya, Tan Sri Pro-Canselor mengucapkan tahniah pada graduan dan menyeru mereka agar meneruskan usaha mereka bagi menimba ilmu demi untuk keluarga, anak dan negara. Beliau juga mengongsikan pengalamannya sewaktu belajar di Australia di mana beliau bekerja sambil belajar pada waktu malam secara PJJ.
Graduan dari program Ijazah Sarjana Muda IT sedang mengambil ijazah mereka
Kata Tan Sri Pro-Canselor, kita mesti sentiasa mempunyai mimpi untuk kejayaan dan kemudian berusaha mempastikan mimpi itu menjadi kenyataan.
Pelajar OUM Perak sedang bergambar dengan Pengarah PP Pulau Pinang, Dr. Tan dan Pengarah PP Perak, Richard Ng
Seramai 600 graduan telah hadir untuk menerima ijazah dan diploma mereka.
Suasana dalam dewan sebelum perarakan besar masuk ke dewan
Majlis Konvokesyen OUM keenam masuk hari kedua pada hari ini. Para graduan muka berarak masuk ke dewan mulai jam 8.00pagi. Perarakan akademik bermula tepat jam 8.30pg dan diikuti oleh perarakan besar 15 minit kemudian.
Tan Sri Pro-Canselor sedang menyampaikan ucapannya
Pro-canselor OUM, YBhg Tan Sri Dato' Aznam telah hadir untuk meneruskan sesi konvokesyen pada hari kedua. Prof. Mansor Fadzil, Naib Presiden Kanan OUM mewakili Tan Sri Presiden yang tidak hadir pada hari ini.
Salah seorang graduan OKU sedang menerima ijazahnya dari Tan Sri Pro-Canselor dengan dibantu oleh staf akademik OUM
Pada sidang pagi tadi, seramai 600 orang graduan telah hadir untuk menerima ijazah mereka. Graduan pagi ini adalah dari Fakulti Sains dan Teknologi yang akan menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains).
Beginilah suasana yang sibuk di luar dewan sejurus selepas tamatnya sesi pertama pagi tadi
Ia kemudiannya diikuti oleh pelajar dari Fakulti Pendidikan yang menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (TESL).
Salah seorang graduan OUM Perak yang sempat bergambar dengan saya dan seorang pensyarah OUM iaitu Sdra Danny Ch'ng
Majlis konvokesyen sesi pagi tadi telah ditangguhkan oleh YBhg Pro-Canselor pada jam 11.30 pagi. Di sebelah petang akan dijalankan majlis penyampaian sijil untuk pelajar dari Fakulti Teknologi Maklumat dan juga Fakulti Pengurusan dan Perniagaan.
Dato' Saarani, (dua dari kanan)sedang menantikan gilirannya untuk naik ke pentas untuk menerima ijazahnya.
Sesi petang disambung pada jam 2.00ptg dengan perarakan graduan. Pada jam 2.30ptg pula adalah perarakan ahli akademik OUM diikuti oleh perarakan besar. Majlis bermula pada jam 3.00ptg dengan penganugerahan ijazah kepada para graduan program BE(Tesl).
Gambar kenangan dengan graduan OUM Perak
Pada pukul 3.30ptg pula merupakan majlis penganugerahan Ijazah Sarjana Muda untuk program BBA dan BIM. Pelajar OUM Perak Leong Wai Ling telah dianugerahkan sebagai pelajar cemerlang dan tersenarai dalam senarai pemenang hadiah buku Naib Canselor. Tahniah Wai Ling.
Video Dato' Saarani, graduan OUM Perak, sedang menerima ijazahnya
Lagi gambar bersama pelajar OUM Perak yang sempat saya jumpa
Majlis ini tamat pada jam 5.00ptg.
Peter Yacob adalah salah seorang graduan OUM Perak yang juga pelajar semester 2 program MBA di OUM Perak
Antara pelajar-pelajar yang saya sempat bertemu atau nampak termasuk Dato' Saarani, Helmi suami isteri, Awin, Roslaili, Norhaslinda, Maheswaran, Peter Yacob, Leong Wai Mee, Roslan, Thillai, Ashima, Santhiran, dan lain-lain lagi. Memang ramai pelajar OUM Perak kali ini yang berjaya mendapat ijazah mereka. Sekalung tahniah buat graduan kita.
Pendakian Bukit Bangkong, Tanah Hitam, Perak - 31 Dis 2011
Perasmian oleh YB Dato' R. Ganesan
Merdeka Walk 2011
1 Malaysia truly at OUM Perak
Lawatan Sambil Belajar ke Kampus OUM
31 Januari 2011
OUM 9th Convocation 20 Nov 2010
Richard Ng receiving his scroll from Tun Jeanne Abdullah
9th OUM Convocation
AAOU 2010 Conference in Hanoi
Group Photo of OUM's delegates to Hanoi
Lawatan Tan Sri Presiden OUM ke PP Greenhill
Lawatan Bersejarah Pada 27 Sept 2010
Pusat Pembelajaran Greenhill
No. 55 - 57, Persiaran Greenhill, 30450 Ipoh, Perak
Group Photo at the Borobudur
Picture taken by Pak Rozeman on Dec 10 2009
Masa itu Emas
Bengkel Kecemerlangan Peperiksaan
Ahad 29 Nov 2009 8.30pg
Graduation Nite Dinner
Group Photo
Graduation Nite Dinner 2009
Speech by YB Dato' Hasbullah Osman
Konvo OUM Ke 7 2009
Di PWTC Nov 14 - 18, 2009
Cara memakai Jubah OUM
Lagu OUM
Lirik Lagu OUM
Ilmu pengetahuan, Bekalan utama, Sepanjang hayat kita Dari buaian hingga hujung usia, Buru ilmu berguna
Demi kesejahteraan, Demi kemajuan, Untuk diri dan watan Hadapi cabaran sepanjang zaman, Dunia tanpa sempadan [Korus] Program pengajian berkualiti, Sistem pembelajaran terkini OUM perintis universiti terbuka yang perdana
Warga penyayang, penuh dedikasi, Mendukung nilai murni Bersama-sama mencapai kejayaan, Demi kecemerlangan
[ulang Korus ]
O.U.M Universiti untuk semua
1Malaysia
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan
OUM Perak at Jln Lim Bo Seng
71, Jln Lim Bo Seng, 30300 Ipoh, Perak Tel: 05-2546006 Fax: 05-2428006