Semalam merupakan hari ketiga dan terakhir Majlis Konvo OUM ke 6. Pada sebelah malamnya telah diadakan majlis makan malam bagi meraikan para graduan yang cemerlang dan tersenarai dalam senarai hadiah buku universiti. Kira-kira 500 orang tetamu khas, ahli akademik, staf OUM, para graduan serta suami atau isteri masing-masing telah hadir.
Para tetamu telah dihiburkan dengan berbagai persembahan tarian dan nyanyian dari staf dan ahli akademik OUM. Tema majlis makan malam ini adalah "Somewhere in the Rainbow". Justeru semua tetamu dikehendaki memakai baju berwarna-warni bagi mencerminkan warna pelangi. Tema ini telah dipilih bagi mencerminkan kejaya para graduan "with flying colors", kata Tan Sri Presiden OUM.
Pada majlis tersebut para graduan telah dihadiahkan dengan sekeping cek bernilai RM500 untuk setiap graduan program Ijazah Sarjana Muda dan RM750 bagi graduan program Masters.
Pada majlis tersebut, seramai 15 orang pelajar OUM Perak dari program BE(TESL), BE (Maths) dan BE (Science) dan BBA telah menerima hadiah buku. Syabas pada semua pelajar OUM Perak yang telah berjaya mencapai keputusan yang cemerlang.
No comments:
Post a Comment