Majlis Konvokesyen OUM keenam masuk hari kedua pada hari ini. Para graduan muka berarak masuk ke dewan mulai jam 8.00pagi. Perarakan akademik bermula tepat jam 8.30pg dan diikuti oleh perarakan besar 15 minit kemudian.
Pro-canselor OUM, YBhg Tan Sri Dato' Aznam telah hadir untuk meneruskan sesi konvokesyen pada hari kedua. Prof. Mansor Fadzil, Naib Presiden Kanan OUM mewakili Tan Sri Presiden yang tidak hadir pada hari ini.
Pada sidang pagi tadi, seramai 600 orang graduan telah hadir untuk menerima ijazah mereka. Graduan pagi ini adalah dari Fakulti Sains dan Teknologi yang akan menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains).
Ia kemudiannya diikuti oleh pelajar dari Fakulti Pendidikan yang menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (TESL).
Majlis konvokesyen sesi pagi tadi telah ditangguhkan oleh YBhg Pro-Canselor pada jam 11.30 pagi. Di sebelah petang akan dijalankan majlis penyampaian sijil untuk pelajar dari Fakulti Teknologi Maklumat dan juga Fakulti Pengurusan dan Perniagaan.
Sesi petang disambung pada jam 2.00ptg dengan perarakan graduan. Pada jam 2.30ptg pula adalah perarakan ahli akademik OUM diikuti oleh perarakan besar. Majlis bermula pada jam 3.00ptg dengan penganugerahan ijazah kepada para graduan program BE(Tesl).
Pada pukul 3.30ptg pula merupakan majlis penganugerahan Ijazah Sarjana Muda untuk program BBA dan BIM. Pelajar OUM Perak Leong Wai Ling telah dianugerahkan sebagai pelajar cemerlang dan tersenarai dalam senarai pemenang hadiah buku Naib Canselor. Tahniah Wai Ling.
Video Dato' Saarani, graduan OUM Perak, sedang menerima ijazahnya
Majlis ini tamat pada jam 5.00ptg.
Antara pelajar-pelajar yang saya sempat bertemu atau nampak termasuk Dato' Saarani, Helmi suami isteri, Awin, Roslaili, Norhaslinda, Maheswaran, Peter Yacob, Leong Wai Mee, Roslan, Thillai, Ashima, Santhiran, dan lain-lain lagi. Memang ramai pelajar OUM Perak kali ini yang berjaya mendapat ijazah mereka. Sekalung tahniah buat graduan kita.
No comments:
Post a Comment