Sunday, June 22, 2008

Pekan Tambun Menjadi Pekan Hantu

Jun 22, 2008

Pekan koboi Tambun satu masa dulu terkenal dengan limau tambunnya dan juga tukang tilik. Kira-kira 1Km dari pekan Tambun menghala ke pekan Tanjung Rambutan letaknya tempat pelancongan terbaru iaitu Sunway City The Lost World yang dikunjungi ramai pengunjung terutama pada hujung minggu.

Tambun memang terkenal dengan buah limau tambun ini yang paaaaling sedap

Taman tema air Sunway City Lost World

Beginilah keadaan pekan Tambun yang lengang.

Akan tetapi pada tanggal 21 Jun 2008, pekan Tambun menjadi sebuah pekan hantu lengang sepi dari jam 7pg hingga 2 ptg kerana sebutir bom perang dunia kedua yang digugurkan dari kapal terbang British ke bandar ini telah dijumpai di Sungai Pinji berhampiran dengan jambatan di pekan ini.

Beginilah keadaan anggota askar dan polis menjalankan proses letupan bom

Menurut apa yang diceritakan oleh orang tempatan di sini, bom seberat 450kg ini telah dijumpai berhampiran jambatan merentasi Sungai Pinji pada 14 Jun lepas dan dikatakan masih aktif. Bom jenis jika meletup boleh mengakibatkan selurh pekan ini lenyap dari peta Malaysia. Justeru, ketua polis Perak terpaksa membuat keputusan untuk meletupkan bom ini ditempat yang sama memandangkan risikonya yang tinggi jika mengalihkan bom ini ke tempat lain.

Kelihatan dalam gambar, saki baki bom yang dikatakan telah menjadi keras

Seramai 4,000 penduduk Tambun terpaksa dipindahkan sementara bagi membolehkan kerja-kerja meletupkan bom itu dijalankan. Jalan besar Tambun juga terpaksa ditutup mengakibatkan kesesakan lalu-lintas. Ada di kalangan Staf OUM termasuk penulis blog ini juga terpaksa mengambil jalan alternatif yang mengambil masa 45 minit untuk sampai ke OUM berbanding dengan 15 minit sahaja kebiasaannya.

Apa lagi ... ramailah pengunjung yang sibuk nak pastikan sama ada bom dah betol-betol meletup ke belum.

Bom dipercayai diletupkan pada jam 10.30pg dan mujur tidak ada sesiapanpun yang cedera atau kemusnahan pada jambatan. Kalau tidak .... huh terpaksa le ikut jalan panjang ... Dah le harga petrol naik. Syabas pada pasukan polis dan semua jabatan kerajaan yang terlibat dalam operasi itu.

Anggota Unit Pemusnah Bom memeriksa ketebalan kelongsong

1 comment:

Unknown said...

besarnya bom tu... 450kg??

BTW Uncle Richard, I'm Jamal the guy u met at myLMS forum content analysis WS last month, just want to tell you that I'm leaving OUM this Friday as I have been offered a job that suits my qualification better.

so Uncle/Prof/Mr, hope to see you again!

p/s: nice blog!