Wednesday, July 9, 2008

Maklumbalas Peserta Bengkel Kecemerlangan Peperiksaan OUM Perak

Seramai 115 orang pelajar telah menghadiri Bengkel Kecemerlangan Peperiksaan yang dianjurkan oleh PP Perak pada 5 Julai 2008. Antara perkara yang dibentangkan semasa bengkel ini termasuk:

a. Persediaan mental menghadapi peperiksaan
b. Teknik menjawab Soalan Peperiksaan
c. Teknik skor A dalam subjek berikut:
i. Learning Skills dan English for Written Communication untuk pelajar Semester 1
ii. Etrepreneurship dan Professional Ethics untuk pelajar senior.

Pihak PP Perak sempat merakamkan maklumbalas daripada beberapa orang peserta bengkel seperti berikut:

1. Puan Maimunah Abdul Majid (Pelajar BNS semester 1):

Saya dapati bengkel ini banyak membantu pelajar baru seperti saya dan saya harap pihak pengurusan OUM akan mengadakan lebih banyak lagi bengkel seperti ini dalam semester-semester akan datang. Ini adalah kerana banyak yang telah kami perolehi semasa bengkel ini yang tidak terdapat dalam modul kita. Saya harap semua pelajar OUM akan
hadir pada bengkel seperti ini kerana ianya dapat memberikan manfaat yang banyak pada warga kerja seperti saya untuk menghadapi peperiksaan dengan penuh yakin.

2. Susan Chong (Pelajar DECE):

Saya dapati bengkel ini banyak mendatangkan faedah kepada saya sebab saya sekarang telah tahu kaedah menjawab dalam peperiksaan. Saya lebih yakin sekarang dan saya harap pihak OUM akan menyediakan lebih banyak lagi bengkel seperti ini di masa akan datang. Terima kasih kepada OUM Perak.

3. Masmudin Rabien (Pelajar BHRM):

Saya banyak mendapat faedah daripada bengkel ini seperti teknik menjawab soalan dengan betul serta segala persediaan yang diperlukan untuk menghadapi peperiksaan dengan penuh yakin. Saranan saya supaya lebih banyak bengkel seperti ini diadakan dan bahan nota juga disediakan unuk semua pelajar.

4. Eliza Selvarajee (BHRM):

Bengkel ini sungguh merangsangkan dan memberi motivasi kepada kami untuk menghadapi peperiksaan dengan penuh yakin sekarang. Tips-tips peperiksaan diharap dapat diberikan untuk membantu pelajar skor dalam peperiksaan.

5. Latifah, Lela, dan Sonia (Pelajar OUM Penang):

No Pain No Gain. Pada kami amat berbaloi datang ke Perak kerana banyak faedah telah dapat kami perolehi dari segi teknik menjawab soalan peperiksaan serta tips-tips menghadapi peperiksaan.

Kepada semua pelajar yang akan menghadapi peperiksaan semester Mei 2008, kami ucapkan selamat maju jaya dan skooooooor A.

4 comments:

joseph said...

Your region is very active and many students will surely benefit from the said "bengkel."

Syabas.

Assoc. Prof. Dr. Richard Ng said...

Thank Joe. Just doing my part. But unfortunately, it has no direct impact on our KPIs. (Not yet at the moment, not until the top management realise the amount of effort that we have put in. But our service to students is our core process whih we take pride in doing.

joseph said...

Keep up your good work, Prof.

Students enrollment will surely increase if students are happy with the programme and services provided.

Assoc. Prof. Dr. Richard Ng said...

Hope so. The impact will come later through WOM.