
OUM amat prihatin terhadap masalah pelajar-pelajar barunya, justeru mewajibkan semua pelajar baru mengikuti bengkel ini. Dalam bengkel ini, para pelajar akan didedahkan dengan berbagai kemahiran yang diperlukan seperti kemahiran mengurus masa, mendisiplinkan diri, kemahiran membaca dan memahami modul, menggunakan komputer dan internet untuk mencari maklumat yang dikehendaki serta kemahiran menyediakan tugasan.

Butiran lanjut mengenai bengkel adalah seperti berikut:
Tarikh: 28 Disember 2008
Hari: Ahad
Masa: 8.00pg hingga 4.30ptg
Tempat: OUM Perak, Jln Lim Bo Seng, Ipoh, Perak
Bahan bengkel, makanan dan minuman adalah ditaja sepenuhnya oleh OUM. Kehadiran adalah wajib bagi semua pelajar baru ambilan Jan 2008.
No comments:
Post a Comment