

Objektif bengkel ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada segala cabaran yang bakal ditempuhi mereka sebagai pelajar pendidikan jarak jauh. Mereka dilatih untuk menjinakkan diri dengan sistem pembelajaran "Blended Learning" yang diamalkan oleh OUM. Sistem ini memerlukan pelajar memahirkan diri dengan komputer dan Internet yang merupakan salah satu komponen utama dalam "blended learning" ini.

Di OUM Perak, bengkel separuh hari ini telah diadakan pada 28 Disember. Seramai 86 orang pelajar telah hadir mengikuti bengkel yang bermula pada jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 1.15 tengahari.
No comments:
Post a Comment