Tanggal 20 Disember 2008 bakal menyaksikan sesi taklimat dan pendaftaran pelajar baru OUM ambilan semester Januari 2009 diseluruh negara bagi program peringkat diploma dan sarjana muda. Pada hari yang sama juga akan diadakan Ujian Open Entry bagi mereka-mereka yang berumur 21 tahun ke atas dan mempunyai kelulusan PMR atau SPM tetapi ingin mengambil program ijazah sarjana muda yang ditawarkan oleh OUM.
Sejak OUM dibuka untuk pendaftaran pada bulan Ogos 2001, lebih dari 80,000 pelajar telah berjaya ditawarkan berbagai program dari peringkat diploma hinggalah ke peringkat kedoktoran dalam pelbagai bidang seperti pengurusan, pentadbiran, pemasaran, teknologi maklumat, pendidikan, kejuruteraan, kejururawatan, sains sukan dan yang terbaru pengajian Islam, saikologi, komunikasi, keselamatan dan kesihatan.
Sesi taklimat di OUM Perak akan diadakan dari jam 8.30pg hingga jam 12.30tgh di alamat No. 71, Jalan Lim Bo Seng, Ipoh (Tel: 05-2546006). Bagi memudahkan anda mencari lokasi OUM Perak, disertakan di sini peta lokasi OUM Perak sebagai panduan:
No comments:
Post a Comment