Sejak perlantikan Prof Rosli sebagai Naib Presiden, beliau telah banyak membantu menaiktarafkan kemudahan OUM Perak. Di antaranya termasuk melengkapkan semua bilik kuliah di PP Perak dengan alat projektor LCD dan komputer serta penukaran semua unit alat hawa dingin kepada yang baru. Kos perbelanjaan penambahbaikian ini mencecah sehingga RM150,000. Dengan penambahbaikian ini diharap pelajar-pelajar PP Perak akan merasa lebih selesa belajar di pusat pembelajaran ini.
Dalam masa terdekat ini, PP Perak akan memasang WIFI pada semua tingkat bangunan ini. Dengan adanya WIFI, pelajar OUM Perak boleh membawa laptop mereka ke kelas untuk melayari laman web.
Semasa lawatan beliau ini, pengarah PP Perak, Richard Ng telah membangkitkan masalah berkaitan dengan kekangan akibat kekurangan bilik kuliah serta pusat peperiksaan memandangkan bilangan pelajar di Perak yang semakin meningkat. Beliau prihatin dengan masalah ini dan berjanji akan memajukan perkara ini dalam mesyuarat lembaga pengarah. Antara cadangan yang dibangkitkan ialah untuk membina bangunan 3 tingkat bersebelahan dengan bangunan PP Perak di atas tanah kosong 3 lot kepunyaan OUM Perak yang kini digunakan sebagai kafeteria.
Prof Rosli menasihatkan PP Perak supaya sentiasa membuat pemantauan ke atas kemudahan yang ada dan memastikan kebersihan pada tahap yang membanggakan. Beliau juga ingin melihat operasi OUM Perak berjalan dengan licin dan kemas.
1 comment:
Ini dato nabil abd kadir, Nakiwa gollege adalah penipu besar, nabil ni dulu bagai kopraha sudah tipu ramai orang sampai berjuta juta RM, sekarang pula bagai Nakiwa gollege dan kintra B40 utk buat tipu lagi, ada kar upon u nak bersubahah utk tipu orang ramai lagi ker, nabil abd kadir ini conman, faham??
Post a Comment