Wednesday, December 31, 2008

Pendaftaran Pelajar Baru OUM Perak Ambilan Jan 2009

Pada 20 Disember yang lepas telah berlangsung dengan jayanya pendaftaran pelajar baru ambilan Januari 2009. Seramai 73 orang pelajar telah hadir untuk mendaftarkan diri. Mereka turut menghadiri sesi taklimat untuk pelajar baru.

Sesi taklimat telah disempurnakan oleh Pengarah OUM Perak, Richard Ng

Pada hari yang sama juga diadakan sesi walk-in dan ujian kemasukan Open Entry bagi mereka yang ingin mendafatar masuk untuk kemasukan semester Januari 2009.

Pelajar baru sedang memberi tumpuan mereka kepada sesi taklimat yang diadakan sempena hari pendaftaran

Kebanyakan pelajar yang hadir adalah warga kerja berusia antara 22 tahun hingga 65 tahun yang telah diberi peluang kedua untuk mendapatkan sekeping ijazah yang amat berharga dan bermakna bagi mereka. Dari pagi lagi mereka datang dari jauh. Ada yang datang dari Teluk Intan, Lumut, Taiping, Manjung, Sitiawan, Cameron Highlands, Kuala Kangsar, Kampar, Bidor dan juga dari persekitaran bandaraya Ipoh.

Salah seorang pelajar yang dilantik sebagai wakil untuk membaca ikrar

Pelajar baru sedang berikrar

Berbagai jenis kursus menjadi tarikan mereka. Antara yang popular adalah kursus Bachelor of Nursing Science dan Bachelor of Management. Tidak kurang juga yang mengambil kursus Bachelor of Business Administration dan Human Resources Management.

No comments: