Pada hari kedua, sarapan pagi telah disediakan pada jam 8.00pg. Kami disajikan dengan mee goreng, kuetiau goreng dan roti. Selepas makan sarapan pagi kami telah diberi sedikit taklimat mengenai aktiviti yang akan dijalankan pada hari ini. Antaranya termasuk: boating di teluk nipah dan snorkeling.
Lagi gambar sarapan pagi
Tepat jam 10pg kami pun pergi ke pantai uuntuk bersiap sedia dengan jaket keselamatan sebelum menaiki bot. Kami berpecah kepada dua kumpulan sebab bot hanya muat 8 orang sahaja maksimum.

Cuaca agak baik pada hari ini dengan ombak sederhana. Kami dibawa untuk melihat tempat-tempat menarik di sekitar Teluk Nipah ini seperti Monkey Bay, Coral Bay, Crocodile rock. Pada jam 10.30pg kami pun tiba di Coral Bay iaitu di Pulau Giam di mana aktiviti snorkerling dijalankan. Airnya begitu jernih dan kami nampak banyak anak-anak ikan. Tapi malangnya kami tak nampak sebarang batu karang yang masih hidup. Oleh kerana hari ini merupakan hari cuti hujung minggu, maka tempat ini penuh sesak dengan pengunjung. Pada kira-kira jam 12tgh, bot pun sampai untuk mengambil kami balik ke chalet kami.

Apa lagi kami pun snorkeling di Coral Bay macam orang lain juga
Selepas mandi dan berkemas, kami pun berkumpul semula untuk makan tengahari yang disediakan oleh pihak Purnama Beach Resort. Kami dihidangkan dengan berbagai makanan yang enak seperti kari ikan, sayuran campur, tom yam dan sebagainya.
Pada jam 2.30ptg, kami pun membuat lawatan mengelilingi Pulau Pangkor. Antara destinasi pertama ialah Teluk Dalam yang sungguh indah. Di sini juga kita nampak sebuah lapangan terbang kecil yang menampung penerbangan Berjaya Air. Selepas itu kami melawat kilang membuat ikan satay. Berkilo-kilo ikan bilis dan satay ikan dibeli kami. Apa tidaknya, semuanya fresh.
Tidak berapa jauh dari kilang ini terdapat sebuah kilang membuat bot. Kata pemandu pelancong kami, bot yang dibina ini berharga sekurang-kurangnya RM500,000 sebuah. Itu baru rangkanya sahaja.
Seterusnya kami dibawa untuk melawat pekan Pangkor di mana terletak jeti. Di situ kami sempat untuk singgah sebentar untuk meninjau harga satay ikan dan ikan bilis yang dijual.Rupanya haragnya lebih murah daripada harga yang ditawarkan dikilang ikan satay tadi. Apa lagi, beli lagi berkilo-kilo ikan bilis.
Lepas itu kami bertolak ke sebuah tokong Cina yang terkenal di Pulau Pangkor ini iaitu Foo Lin Kong. Di sebelah kanan atas bangunan tokong ini kelihatan sebuah batu besar dengan tulisan Cinanya bermaksud "Jodoh". Di sini kelihatan ramai gadis naik ke atas untuk menghampiri batu ini kononnya ianya membawa tuah kepada mereka yang bujang bila menyentuhnya.
Seterusnya kamipun pergi ke destinasi seterusnya iaitu melawat Kota Belanda. Kota yang dibina sejak tahun 1670an oleh orang belanda untuk memyimpan bijih timah tinggal temboknya sahaja dan sebuah meriam.
Selepas itu kami pun sambung perjalanan kami ke Pantai Pasir Bogak sebelum balik ke chalet pada kira-kira jam 4.15ptg. Hujan renyai mula turun. Rancangan kami untuk pergi memancing tergendala sebentar.
Pada jam 5.30ptg, hujan telah berhenti dan kami pun terus merancang untuk menyambung aktiviti yang dinanti-nantikan ini. Cari punya cari, dapat kita beli umpan sotong. Pada jam 6.00ptg kami pun berjalan kira-kira 1km dari chalet kami ke suatu tempat strategik di tepi pantai yang mempunyai batu besar.
Cuaca amat baik sekali. Selepas setengah jam kami memancing, akhirnya berkat kesabaran kami berbaloi dengan tangkapan seekor ikan yu sebesar 18 inci dan seberat 800gm oleh Sharon. Lima minit kemudian, mata kail Sharon terus dibaham seekor lagi ikan yu yang sama besar dengan ikan tadi.
Apa lagi geng-geng lain pun turut datang ke tempat yang sama. Agaknya ada sekumpulan ikan yu di sana. Tidak lama kemudian, mata kail Sharon sekali ditarik ikan tapi malangnya talinya putus digigit ikan. Seminit kemudian giliran mata kail Erna pula mengena ikan yu yang sama besar.
Hari dah makin gelap dan semangat memancing tu masih membara. Tapi apakan daya, kita terpaksa balik ke chalet untuk makan malam yang telah kami rancang pada jam 8.00mlm. Apapun sesi memancing cukup memuaskan. Pemandangan di tepi laut juga amat indah.
Jam 8.30 malam, makanan dihidangkan. Hari ini kami makan besar. lauk kami terdiri daripada BBQ sotong dan ketam beserta bee hoon dan nasi goreng.
No comments:
Post a Comment