Hari Keluarga OUM Perak telah diadakan dari 1 Mei hingga 3 Mei 2009 sempena cuti Hari Buruh dan juga hujung minggu. Hari keluarga ini telah dirancang sejak 6 bulan yang lalu. Puan Shahrul Murniza, Pentadbir PP Perak telah dipertanggungjawabkan untuk membuat semua perancangan. Semua staf OUM Perak sebulat suara telah bersetuju untuk memilih Pulau Pangkor sebagai destinasi Hari Keluarga.

Seramai 15 orang staf serta keluarga telah turut serta dalam menjayakan hari keluarga OUM Perak. Kami berkumpul di jeti Lumut pada jam 2.30ptg. Walaupun semua rakan-rakan bagitu bersemangat sekali untuk bertolak ke Pulau Pangkor, namun kami amat sedih kerana Puan Murni tidak bersama dalam rombongan ini setelah jatuh sakit sehari sebelumnya. Tanggungjawab mengurus rombongan ini telah dipikul oleh Puan Ros.






Tepat jam 3.30ptg, feri pun tiba dan kami bertolak dari jeti Lumut dan tiba di Pekan Pangkor pada jam 4.20ptg. Kami menyewa dua buah teksi (van 7 seater) untuk membawa kami ke Purnama Beach Resort yang terletak di Teluk Nipah, sebuah tempat peranginan yang agak popular.
Setiba kami di Purnama Beach Resort pada kira-kira jam 4.45ptg, kami pun diberi kunci ke chalet masing-masing. Kami dah tak sabar lagi untuk melihat pantai Teluk Nipah yang indah. Apa lagi petang itu merupakan aktiviti bebas untuk semua. Jadi kami pun bergegas ke pantai yang terletak lebih kurang 50m dari chalet kami. Memang indah pemandagan di pantai yang dikerumuni dengan rami pengunjung dari luar kerana hari ini hari cuti umum dan keesokannya pual hari Sabtu.
Sambil berjalan di pantai, kamipun mencari tempat memancing yang strategik. Kami kemudian balik ke chalet semula pada jam 7ptg. Makan malam telah disediakan pada jam 8 malam. Makan malam pada hari pertama terdiri daripada lauk ikan, ayam dan sayur-sayuran. Setlah habis makan, apa lagi kamipun pergi keluar memancing sehingga jam 12 tgh malam.

Cuaca amat baik sekali. Setelah beberapa jam bersabar akhirnya kamipun dapat membuat tangkapan pertama iaitu melalui mata kail Sharizal. Berbaloi bersabar sebab dapat seeor ikan garapu lebih kurang 700 gm. Yang lain tak bernasib baik.
.... bersambung hari kedua
1 comment:
Wow!!! seronok-nya...
why not included students OUM??
Post a Comment