Pendafataran Pelajar Baru Open University Malaysia untuk ambilan Mei 2009 akan dijalankan serentak di seluruh negara pada 10 Mei 2009 kecuali di Pusat Pembelajaran Kedah di mana pendaftaran akan dijalankan pada 16 Mei.
Sesi taklimat untuk pelajar baru di OUM Perak akan dikendalikan oleh Pengarahnya Richard Ng
Untuk ambilan Mei 2009 ini. Lebih dari 2000 orang pelajar telah berjaya ditawarkan berbagai program dari peringkat diploma sehinggalah ke peringkat kedoktoran. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai ambilan Mei ini masih sempat berbuat demikian secara "walk-in" dengan membawa semua sijil-sijil mereka serta yuran pendaftaran sekurang-kurangnya RM700 pada hari pendaftaran.
Sesi pendaftaran pelajar ambilan semester Januari 2009
Kelayakan minimum untuk masuk ke program diploma ialah SPM 3 kredit. Bagi mereka yang mempunyai kelulusan PMR atau SPM serta berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan ingin untuk memohon ke program ijazah sarjana muda bolehlah berbuat demikian dengan menduduki ujian "Open Entry" yang akan dijalankan pada hari pendaftaran juga. Kemasukan secara "Open Entry" juga ditawarkan untuk program ijazah sarjana jika pemohon berumur sekurang-kurangnya 35 tahun dan memiliki sekurang-kurangnya sijil STPM atau Diploma yang diiktiraf MQA.
Pembayaran bolehlah dibuat secara tunai pada hari tersebut. Pastikan anda membawa sijil asal dan satu salinan sijil serta 2 keping gambar berukuran paspot bagi mempercepatkan proses pendaftaran.
Peta lokasi OUM Perak di Jln Lim Bo Seng, Ipoh. Klik pada gambar untuk melihat imej yang besar
Pendaftaran bagi pelajar-pelajar di Perak akan dijalankan di Pusat Pembelajaran OUM Perak di Jln Lim Bo Seng. Oleh kerana hari pendaftaran 10 Mei merupakan hari Ahad dan Jln Lim Bo Seng tutup untuk pasar pagi Loking, maka pelajar dinasihatkan agar datang pada jam 8.00pg dengan mengikut peta seperti tertera di atas. Bagi mereka yang datang dari luar bandar Ipoh, OUM Perak terletak di hadapan Ipoh City Hotel yang berwarna hijau orange seperti tereter di bawah. Jika terdapat sebarang kemuskilan pada hari pendaftaran sila hubungi nombor telefon pejabat 05-2546006 atau hubungi pentadbir kami En. Fahmi No. H/P: 019-4618519 atau Puan Murni No. H/P: 016-6883287.
Ipoh City Hotel
Pelajar juga diingatkan bahawa kedatangan adalah wajib. Taklimat akan diadakan seperti biasa dari jam 8.30pg hingga 12.30tgh dan diikuti oleh bacaan ikrar pelajar dan seterusnya pendaftaran dan pengambilan modul.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment