Tuesday, May 19, 2009

MAJLIS KONVOKESYEN KETUJUH (14 - 18 NOVEMBER 2009)

Posted by Puan Hjh Kamariah (Pendaftar, OUM)

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Konvokesyen Ketujuh OUM akan diadakan pada 14 -18 November 2009 bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh semua bakal graduan, seperti berikut:

a)Bakal graduan hanya diberi peluang untuk menyertai Majlis Konvokesyen yang mana nama graduan telah tersenarai bagi Majlis Konvokesyen yang berkenaan. Ini bermakna penangguhan tidak dibenarkan; dan

b)Unit Peperiksaan akan memuatnaik pemakluman terperinci berkenaan pengijazahan dan konvokesyen di dalam portal myLMS yang merupakan saluran rasmi penyebaran maklumat konvokesyen; dan

c)Melunaskan yuran pengajian serta lain-lain yuran, termasuk yuran konvokesyen; dan

d)Bakal graduan dinasihati supaya sentiasa merujuk kepada myLMS dan memuatturun maklumat berkenaan dan mengambil tindakan yang perlu bagi mengelakkan sebarang masalah dan kesulitan daripada berlaku; dan

e)Para pelajar diingatkan untuk menyiapkan Kursus yang melibatkan Kajian Berasaskan Sekolah, Kertas Projek, Latihan Amali, Tesis dan Disertasi serta menyerahkannya kepada pihak Fakulti atau Pemeriksa selewat-lewatnya pada 31 Julai 2009.

f)Para pelajar yang ingin mendapat pengesahan tentang status pengijazahan, adalah dinasihatkan supaya menghubungi pihak Fakulti atau Unit Peperiksaan selewat-lewatnya pada pertengahan Ogos 2009.

No comments: