Friday, June 26, 2009

Pertandingan Bowling Terbuka OUM Perak


Sukacita dimaklumkan bahawa OUM Perak akan menganjurkan pertandingan Bowling Terbuka khas untuk para pelajar, tutor dan kakitangan OUM Perak.



Tujuan dianjurkan pertandingan ini adalah untuk memberi peluang pada para pelajar, tutor dan kakitangan OUM Perak untuk mengambil bahagian dalam aktiviti riadah sambil menjalin hubungan silaturahim.

Semua warga OUM Perak dijemput hadir.

Butirannya adalah seperti berikut:

Tarikh: 4 Julai (Sabtu)

Masa: 11.30pg hingga 3.30ptg

Tempat: Greentown Bowl (Greentown Mall, Ipoh, Perak)

Penyertaan: Percuma


Hadiah-hadiah menarik ada disediakan seperti berikut:

* Hadiah untuk pemenang tempat pertama hingga ketiga
* Hadiah untuk skor tertinggi Lelaki/Wanita
* Hadiah Saguhati penyertaan
* Cabutan Bertuah

30 penyertaan pertama yang diterima akan mendapat kemeja T secara percuma.

Tarikh tutup penyertaan: 30 Jun 2009. Untuk pendaftaran sila hubungi Puan Murni/Cik Erna/En. Shah di talian: 05-2546006

No comments: