Tuesday, June 30, 2009

Hari Terbuka OUM - OUM Open Day


Inginkan sekeping ijazah tanpa meninggalkan kerja atau keluarga? Segala soalan anda akan terjawap bila anda menghadiri hari terbuka di semua pusat utama Open University Malaysia di seluruh Malaysia hujung minggu ini.

Di Ipoh, OUM Perak turut terlibat dalam menjayakan hari terbuka bagi memudahkan orang ramai terutamanya warga kerja dari seluruh Perak untuk hadir mendapatkan butiran lanjut mengenai program yang ditawarkan serta kaedah pembelajaran yang dijalankan.



Hari terbuka OUM Perak akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 5 Julai 2009 (Hari Ahad)

Masa: 9.00pg - 12.30tgh (Program Diploma/Ijazah Sarjana Muda)
2.00ptg - 4.30ptg (Program Pasca Ijazah)

Tempat: 71, Jln Lim Bo Seng (Berhampiran Hotel Grand View/Hotel Ipoh City)


OUM telah ditubuhkan pada tahun 2001 dan sehingga kini telah mempunyai lebih dari 85,000 orang pelajar yang kebanyakannya warga kerja. Kaedah pembelajaran yang fleksibel membolehkan pelajarnya tidak perlu meninggalkan kerja atau keluarga semata-mata untuk mendapatkan segulung ijazah.

Program BBA yang telah mendapat akreditasi penuh dari MQA

Juga program MBA telah mendapat akreditasi penuh MQA

Program-program yang ditawarkan kesemuanya telah mendapat kelulusan MQA (dahulunya LAN) dan daripada program tersebut 19 program telah mendapat akreditasi penuh serta mendapat pengiktirafan JPA.



Sukacita dimaklumkan bahawa bagi mereka yang berdaftar semasa hadir ke hari terbuka akan dikecualikan daripada membayar yuran permohonan. Pemohon juga akan diberikan rebat antara RM75 hingga RM150 bergantung kepada kursus yang dipohon. Sila bawa bersama anda 2 salinan kad pegenalan, sijil SPM/STPM/Diploma/Ijazah serta lain-lain dokumen akademik.

Location Map of OUM Perak

OUM juga ada menyediakan yuran khas dengan potongan yuran tiusyen sebanyak 75% untuk warga OKU serta mereka yang lahir sebelum 31 Ogos 1957.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi En. Ahmad Fahmi/Puan Murni di talian 05-2546006.

No comments: