Belum habis cerita mengenai Tsunami yang melanda Pulau America Samoa pada 29 Sept lepas akibat gempa bumi pada skala Richter 8.3, kita dikejutkan dengan satu lagi berita gempa bumi yang dahsyat.
Gempa bumi pada skala Richter 7.6 ini melanda bandar Padang di selatan Sumatra Indonesia pada jam 6.15ptg. Diberitakan bahawa lebih 200 orang terbunuh dalam kejadian gempa ini dan lebih 500 bangunan telah runtuh di bandar ini yang mempunyai penduduk lebih dari 900,000 orang.
Mengikut sumber dari Indonesia, angka kematian mungkin meningkat menyamai angka kematian gempa bumi yang berlaku di Yokyakarta pada tahun 2006 di mana lebih dari 5,000 telah terbunuh.
Video situasi di Padang:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment