Sunday, October 25, 2009

Majlis Makan Malam Pra-Graduasi @ OUM Perak

25 Okt 2009


Lebih dari 7,000 pelajar OUM akan bergraduat pada sidang konvo ke 7 pada bulan November 2009 di PWTC. Bagi meraikan para graduan OUM Perak yang berjumlah lebih dari 500 orang, satu Majlis Makan Malam telah dianjurkan seperti berikut:

Tarikh: 7 November 2009

Tempat: Dewan Banquet, SUK, Perak

Masa: 7.00 mlm


Para graduan, tutor serta para pelajar yang berminat dijemput hadir. Harga tiket bagi setiap orang ialah RM50. Para graduan juga boleh membawa keluarga serta sahabat handai dengan syarat membeli tiket penyertaan. Bagi kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun akan dikenakan bayaran RM25 sahaja setiap orang.



Antara aktiviti pada majlis tersebut ialah tayangan video konvo, video cara memakai jubah konvo, sesi karaoke dan cabutan bertuah.



Objektif majlis makan malam ini ialah untuk menghimpunkan semua graduan untuk berkongsi kegembiraan serta menjalinkan hubungan silaturahim. Para graduan juga boleh mengambil kesempatan untuk mennjukkan rasa terima kasih kepada tutor mereka.

Mereka yang berminat dikehendaki membuat tempahan tempat selewat-lewatnya 4 November 2009. Sila hubingi OUM Perak di talian: 05-2546006.

No comments: