Dalam ucapan Deeparayanya, Pengarah OUM Perak, Richard Ng mengalu-alukan kehadiran semua pelajar, tutor serta anak-anak yatim yang dijemput sama. Kata beliau, sambutan Deeparaya cukup bermakna bagi OUM Perak kerana bukan sahaja ianya dapat menjalinkan hubungan silaturahim antara semua pelajar, tutor dan staf OUM Perak malah ianya dapat meraikan orang-orang yang kurang bernasib seperti anak-anak yatim yang hadir.
Sebaik sahaja selesai ucapannya, Pengarah OUM Perak menyerahkan sumbangan dari OUM kepada pengurus Rumah Anak Yatim Baitul Ain dan juga pengurus Mother Teresa's Reading Shelter. Anak-anak yatim yang hadir turut dihulurkan duit raya.
Para hadirin kemudian dijemput untuk menjamu selera dengan hidangan beraneka jenis. Antaranya termasuk lemang serta rendang ayam, nasi himpit, sate, capati, bee hoon goreng, lontong, serta kuih muih.
No comments:
Post a Comment