Satu Majlis Sambutan Hari Raya dan Deepavali peringkat Open University Malaysia (OUM) pusat induk telah diadakan sebentar tadi bermula jam 1.00ptg. Sewaktu menulis blog ini majlis ini sedang berlangsung dengan berbagai persembahan daripada warga OUM dan Meteor.
Tetamu khas pada majlis ini ialah Tun Jeanne Abdullah iaitu Canselor OUM. Turut hadir sama Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia, serta Tan Sri Azman Hashim, Pro-canselor OUM serta isteri. Mereka ditemani oleh Tan Sri Anuwar Ali, Presiden OUM serta Puan Sri.
Pengarah-pengarah Pusat Pembelajaran OUM dari seluruh negara turut dijemput hadir. Keseluruhannya lebih dari 300 orang staf-staf OUM kebanyakan dari kampus induk turut hadir menyerikan majlis ini.
No comments:
Post a Comment