Monday, October 5, 2009

Surprise Birthday celebration @ OUM KL

5 Oktober 2009

Dari kiri: Prof. Yusof, Prof. Shaari, Tuan Fatma, Prof. Mansor dan Prof. Ramli

Pagi tadi selepas selesai Ucapan Tahunan Polisi Perniagaan OUM oleh YBhg Tan Sri Professor Emeritus Anuwar Ali pada kira-kira jam 10.45, satu majlis sarapan pagi telah diadakan dan satu surprise telah diberikan kepada Prof. Mansor (Senior Vice President OUM), Prof. Shaari (Dekan fakulti perniagaan dan pemasaran), Prof. Yusof (Dekan fakulti Aplikasi Sains Sosial) dan Puan Tuan Fatma (Program Coordinator untuk MBA bagi meraikan hari jadi mereka.

YBhg Tan Sri Presiden (berambut putih) turut hadir dalam majlis sarapan pagi

Seramai 200 orang staf OUM KL yang hadir telah menyampaikan lagu "Happy Birthday" kepada mereka.



Seperti tahun-tahun lepas, Ucapan Tahunan Polisi Perniagaan telah disampaikan oleh YBhg Tan Sri Presiden OUM bagi melancarkan bajet dan hala tuju OUM pada tahun 2010 dan seterusnya 5 tahun berikutnya.

Semasa ucapan dasar tersebut, Tan Sri telah menyatakan rasa puas hatinya tentang pencapaian Kumpulan Meteor serta OUM pada tahun 2009 walaupun pencapaian sediki merosot berbanding dengan sasaran yang telah dibuat. Beliau juga telah menyampaikan sasaran OUM pada tahun 2010 dan menyeru semua staf OUM supaya bekerja lebih kuat lagi bagi memastikan OUm mencapai sasarannya dalam suasana persaingan yang tinggi.

Beliau juga telah menggariskan beberapa perkara yan perlu dibuat termasuk perbelanjaan secara berhemah, memperkenalkan 6 program baru setiap tahun, serta memberikan lebih kuasa kepada setiap pusat pembelajaran dari segi mengemaskini proses pengambilan pelajar.

Beliau menyeru semua staf supaya membangunkan bajet 2010 berdasarkan pada hala tuju yang telah dicadangkan.

Setakat ini OUM mempunyai lebih dari 85,000 pelajar dan lebih dari 13,000 orang teah bergraduat dan lebih dari 7,500 akan bergraduat tahun ini.



Selepas selesai sahaja majlis ini, satu taklimat telah diadakan oleh Prof. Mansor Fadzil untuk staf yng berminat untuk memohon grant kaji selidik. Menurut Prof. Mansor, OUM memperuntukan sebanyak RM 1 juta setiap tahun untuk tujuan. Beliau menyeru semua staf supaya bergiat dalam kaji selidik kerana bukan sahaja ia mendatangkan manfaat kepada OUM tetapi kaji selidik yang telah diterima akan diambil untuk tujuan kenaikan pangkat staf tersebut.

No comments: