Friday, December 18, 2009

Jadual Peperiksaan Akhir Sept 2009 Program SMP Ambilan Khas

Peperiksaan akhir semester September 2009 bagi pelajar ambilan khas program Sarjana Muda Pengajaran telah ditetapkan pada 30 dan 31 Disember seperti berikut:

Klik untuk melihat imej yang besar

Bagi pelajar ambilan khas SMP dari pusat pembelajaran IPGM Ipoh, pusat peperiksaan adalah di Pusat Pembelajaran Perak di Jalan Lim Bo Seng.

Pelajar dinasihatkan supaya menyemak jadual dan pusat peperiksaan di LMS sehari sebelum peperiksaan.

Sila berada di tempat peperiksaan 30 minit sebelum peperiksaan bermula.

Dokumen Yang Perlu Semasa Peperiksaan:

Bawa bersama Kad Pengenalan, Kad Matrikulasi dan Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan ke dewan peperiksaan.

[Perhatian: Pelajar tanpa Kad Pengenalan/Kad Matrikulasi/Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan tidak akan dibenarkan mengambil peperiksaan kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.]

PERINGATAN: Jangan tulis apa-apa nota pada kedua-dua muka Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan. Calon yang berbuat demikian akan dianggap telah melanggar peraturan peperiksaan OUM dan tindakan tatatertib keras akan dikenakan di atas pelajar berkenaan .

Penyelewengan:

Calon tidak boleh melakukan mana-mana penyelewengan seperti berikut :

(1) Memberi atau menerima atau memiliki sebarang maklumat yang ada hubungan dengan soalan peperiksaan sebelum atau semasa peperiksaan untuk kursus tersebut; atau

(2) Mengambil, mengubah, menyembunyikan, merosak, atau memusnahkan sebarang bahan yang ada kaitan dengan persediaan atau penyempurnaan tugasan kursus atau peperiksaan.

LARANGAN


Calon TIDAK DIBENARKAN sama sekali :

(a) Membawa masuk ke dalam dewan/bilik peperiksaan:

* apa-apa buku, kertas, gambar, nota,
* kotak atau beg pensil (lain daripada jenis kotak atau beg pensil buatan plastik transparen yang mana alattulis didalamnya boleh dilihat dengan jelas),
* sampul mesin pengira,
* barang makanan/minuman,
* telefon bimbit, ipod, personal digital assistant (pda), pager, kamera, komputer, kad magnetik, modul dengan memori, komputer dan kamus kecuali buku, kertas, dokumen, gambar atau alat lain yang dibenarkan oleh Ketua Pengawas Peperiksaan berdasarkan keperluan yang ditetapkan oleh pihak OUM bagi sesuatu kertas peperiksaan berkenaan.

(b) Mesin pengira yang boleh diprogramkan iaitu berkeupayaan mengimput, menyimpan dan menunjukkan teks melebihi satu baris, simbol, matematik expressions, teks equation atau alphabetic formulae.

(c) Makan, minum atau merokok semasa di dalam Dewan/Bilik Peperiksaan;

(d) Berhubung dengan mana-mana calon lain dengan apa cara sekalipun semasa di dalam Dewan/Bilik Peperiksaan; dan

(e) Menulis apa-apa nota pada kedua-dua muka Surat Kebenaran Menduduki
Peperiksaan, sampul mesin pengira, pemadam getah, pembaris, tangan, jari, lengan, kain baju, dsb.

NOTA PENTING : HUKUMAN BERAT AKAN DIKENAKAN BAGI PELANGGARAN PERATURAN PEPERIKSAAN OUM

No comments: